in

“No wonder la lembut & manis rupanya..” – Individu Terkejut Jumpa Telur Ulat Dalam Kurma ‘Premium’

Ft Kurma Ulat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menjelang bulan Ramadan, pastinya kurma adalah jualan yang paling laris di merata pasaraya dan kedai-kedai runcit. Jadi dapat dilihat bermacam-macam jenis makanan sunnah di bulan puasa ini dijual.

Bagaimanapun, kualiti dan faktor kebersihan perlu dititik beratkan supaya tidak tercemar, makanan segar yang disimpan lama ini bimbang ada ulat. Seorang pembeli sudah alaminya sendiri.


 

Dah makan banyak baru perasan ada telur ulat

Sebagai langkah selamat, pemuda di Twitter ini menasihatkan pembeli agar basuh dahulu sebelum menikmatinya biarpun harga yang murah, ini kerana saat dia menikmati manisan tersebut dengan kuantiti yang agak banyak, dia mula menyedari bahawa terdapat ‘telur ulat’ di dalam manisan tersebut dengan banyak.

“Korang lepasni careful ya nak makan kurma. walaupun murah RM10 sekotak kena cuci betul-betul before makan.”

“Kalau tak, jadilah macam aku ni. makan dah banyak biji baru perasan ada maggot eggs, macam dah jadi larva dah. no wonder la kurma ni lembut & manis rupanya…”

Fscz7Vbaaaarnxv 1

Untuk pengetahuan, sebenarnya kes sebegini bukan lah pertama kali berlaku, tahun lepas, sebuah badan NGO kesihatan, Public Health Malaysia juga ambil cakna mengenai perihal ini dan ada memberikan panduan kepada orang ramai untuk sentiasa awasi kurma yang dibeli.

Perkongsian yang telah meraih 2,743 jumlah retweets dalam masa dua hari ini membuatkan ramai netizen jadi kembang tekak, bahkan, ada yang tak tahu menahu langsung mengenai keberadaan ulat ini dalam kurma kerana ada yang menyangkakan bahawa ianya adalah ketulan gula dan siap makan tanpa fikir panjang.

 

Ingatkan tu gula kurma bergumpal – Netizen

Screenshot 2023 03 27 102313 Screenshot 2023 03 27 102610 Screenshot 2023 03 27 102803 Screenshot 2023 03 27 102915 Screenshot 2023 03 27 102954

Seperti yang kita dapat lihat dalam tweet PHM tadi, adalah elok kalau kita kupas dan basuh dahulu buah kurma tersebut sebelum dimakan. Ada juga netizen yang menjelaskan perkara ini mereka dah lama lakukan.

Baca : Batuk-batuk Lepas Makan Kurma? Mungkin Anda Perlu Basuh Kurma Dahulu!

Kurma Basuh

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.