Platform aplikasi Misi Rakyat ditubuhkan bagi membantu golongan yang memerlukan, sebelum ini platform berkenaan berjaya meraih RM9 juta bagi menampung kos perubatan Baby Naail atau nama sebenarnya Wan Muhammad Naail Wan Aslam.
Pun begitu, baru-baru ini kecoh di media sosial berkenaan satu lagi inisiatif yang dilakukan oleh pihak mereka iaitu Misi Farms dimana perkara itu didakwa meragukan buat sesetengah pihak sehingga Bank Negara malaysia (BNM) mengeluarkan kenyataan agar berhati-hati dengan crowdfunding yang dilakukan.
View this post on Instagram
Selaras dengan isu berkenaan, dalam Instagram Misi Rakyat, kesemua dana yang dikumpul itu difahamkan telah dipulangkan semula kepada penyumbang.
Hari ini, founder Misi, Nur Ahmad Faiz menerusi laman sosial rasminya mengakui dia telah tersilap langkah dan ingin memulakan semula cita-citanya untuk membantu rakyat dengan cara yang betul.
Dalam posting di Facebook, dia memberitahu akan mengambil kira tiga perkara dalam memulakan semula gerakannya itu termasuklah menggunakan akaun yang betul, tidak melawan arus serta audit.
“Niat saya menyatukan, tapi perbuatan saya memecah belahkan semua. Jadi, sebelum semua ini parah, saya restart semula tapi dengan cara saya jadi saya sahaja.
No more content acah bagus, no more terms Ekonomi / Rakyat / Matawang / Kartel / Kerajaan / Politik / dan apa jua yang sensitif, anggap saya ni usahawan sahaja lepas ni.
Saya harap ampa semua pun jangan kaitkan saya dengan politik dah,” tulisnya.
Selain itu, dia juga memaklumkan bahawa dia sedia memaafkan orang ramai yang menegurnya, beliau juga memohon maaf kepada orang ramai atas kesilapan yang dilakukan.
Baca: Individu Kena ‘Bash’ Gara-Gara Nak Buat ‘Crowdfund’ Untuk Amelia Henderson