in

Nissan Almera Percuma, Tawaran Diskaun 50% & Pelbagai Ganjaran Menarik Sempena Ulangtahun Ke-10 Jualan 12.12 Lazada

Photo Lazada 12.12 Grand Year End Sale

Sedar tak sedar, jualan tahunan Lazada 12.12 sudahpun memasuki tahun ke-10 dan sempena ulangtahun ke-10 ini, Lazada menawarkan ribuan baucer ‘Penghantaran Percuma’ tanpa perbelanjaan minimum setiap hari!

Selain pada itu, bermula sekarang hingga 14 Disember nanti, pelbagai ganjaran hebat dan tawaran menanti pembeli termasuklah 50,000 baucer penghantaran percuma tanpa perbelanjaan minimum yang akan diberikan setiap hari pada jam 8 pagi di laman Penghantaran Percuma Lazada.

Difahamkan, baucer ini boleh dikumpulkan dari 8 pagi hingga 12 tengah hari untuk menerima potongan RM5 secara automatik untuk yuran penghantaran apabila memberi barangan terpilih yang mempunyai ikon penghantaran percuma.

ba8129bb b004 4a1c b6a9 d3a826247351 MY 1188 450

“Pelanggan boleh membeli dan menghantar barangan kepada orang tersayang di seluruh negara tanpa perlu menanggung yuran penghantaran pada musim pemberian hadiah akhir tahun ini”

Sempena jualan 12.12 tahun ini, Lazada membawakan pelbagai tawaran luar biasa dan hadiah lumayan berupa sebuah kereta Nissan Almera Turbo sempena Lazada 12.12 Grand Year-End Sale yang berlangsung daripada 12 hingga 14 Disember tersebut.

Kumpulkan diskaun tambahan bernilai sehingga RM320

Lazada Bonus bernilai sehingga RM320 boleh dikumpul bermula dari 5 Disember dengan

  • mengunjungi aplikasi Lazada setiap hari
  • bermain permainan Lazzie Star
  • sempurnakan misi LazCoins
  • kongsikan Lazada Bonus di media sosial

Selain itu, sepanjang berlangsungnya Jualan 12.12 Lazada dari 12 hingga 14 Disember, Lazada Bonus yang dikumpulkan boleh digunakan untuk menebus diskaun tambahan RM10 bagi setiap RM100 yang dibelanjakan bagi produk dengan lencana Lazada Bonus dan boleh ditambah kepada diskaun dan baucar sedia ada merentasi pelbagai kedai, untuk memberikan diskaun tambahan 10%.

Potongan Sehingga 50% Daripada Brand Mega Offers di LazMall

Rakan jenama rasmi LazMall akan menawarkan potongan sehingga 50% bagi produk-produk mereka. Antara tawaran hebat LazMall Brand Mega Offers yang pasti menambat hati pembeli termasuk:

  • Samsung Galaxy M32 – RM829 (Harga tersenarai asal RM1,099)
  • vivo Y31 – RM799 (Harga tersenarai asal RM999)
  • Kerusi Urut OGAWA Smart Vogue Prime – RM4,499 (Harga tersenarai asal RM13,299)
  • Mesin Kopi Merah Nespresso Inissia – RM419.3 (Harga tersenarai asal RM599)

dan banyak lagi!

‘Chup Dulu’ Untuk Diskaun Lebih Besar bagi Tawaran Eksklusif

Di samping segala tawaran hebat yang disediakan pada 12.12, pembeli yang bijak boleh memanfaatkan lagi ringgit mereka dengan Chup Dulu, ciri pratempahan dalam aplikasi Lazada dengan hanya membayar deposit 10% dari sekarang sehingga 11 Disember. Pada 12 Disember mulai jam 2 pagi, pembeli boleh membuat bayaran bagi tawaran Chup Dulu dengan mudah.

Kemudahan Terkini: Gunakan Lazada Wallet untuk Bayar Semasa Terima

Alternatif digital ini boleh dipilih dengan menetapkan ‘cash on delivery’ (bayar semasa terima) di halaman pembayaran, kemudian apabila barangan tiba, minta kod QR untuk membayar menerusi Lazada Wallet menggunakan fungsi imbas dalam aplikasi Lazada.

Lazzie Hunt: Cari Kenderaan Lazada dan imbas Pelekat Lazzie untuk mendapatkan baucar diskaun sehingga RM50 dan peluang memenangi sebuah kereta Nissan Almera Turbo

Rakyat Malaysia boleh mencari dan mengimbas kod QR Lazzie Hunt yang terpampang pada semua kenderaan penghantaran logistik Lazada untuk mengumpulkan pelekat Lazzie yang boleh ditukarkan dengan baucar diskaun selain potongan sehingga RM50 dan peluang memenangi kereta Nissan Almera Turbo serba baharu.

Untuk mula mengumpul semua pelekat Lazzie, pengguna Lazada boleh mengunjungi laman web ini:  https://lzd.co/LazzieHuntMY

LazLive: Saksikan Siaran Ketua Pegawai Diskaun Untuk Mendapatkan Diskaun Eksklusif

Lazada juga akan menganjurkan satu siri siaran langsung yang dikendalikan oleh Ketua Pegawai Diskaun sambil menantikan 12.12 Sale pada 9 hingga 11 Disember menerusi saluran penstriman langsung LazLive dalam aplikasi Lazada.

Untuk maklumat lanjut mengenai Jualan 12.12 Lazada, sila layari: https://lzd.co/MegaSale

Unuk maklumat lanjut mengenai Penghantaran Percuma 12.12 Lazada, sila kunjungi: https://lzd.co/LazadaMYFreeShipping

Sumber: Lazada