in

“Nikah dengan artis juga tau bukan lebai ustaz” – Netizen Imbas Semula Kisah Penghijrahan Mizz Nina, Tanpa Kontroversi

hijrah 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini namanya cukup dikenali dengan lagu-lagu hit yang menampilkan penyanyi-penyanyi top dari luar negara sebelum dirinya berhijrah kepada yang lebih baik.

Terdahulu, ada seseorang pernah kongsikan bagaimana Mizz Nina boleh berubah, tapi kali ini individu yang dikenali sebagai Aliff Ahmad lll ini menceritakan perbezaan dirinya berubah berbanding dengan ‘artis berhijrah’ yang lain.


 

Dia dilihat sangat rilex, tenang dan tidak laparkan perhatian.”

181445288 476077143659470 6535127823371149132 n

Mengenali penyanyi lagu What You Waiting For dan Take Over ini sejak masih underground ketika bersama Teh Tarik Crew, Aliff tidak menafikan bahawa Mizz Nina boleh dikatakan sebagai Ratu Hip Hop Malaysia pada zaman kegemilangannya.

“Tiba-tiba, suatu hari, aku dengar news dia dah taubat, kemudian nikah dengan artis juga tau, Noh Hujan. Bukan dengan lebai atau ustaz. Tidak juga dengan lebai yang jual agama ke stesen TV untuk menjadi popular dalam program realiti tv.”

41474363764 MizzNinaNohHujan

Umumnya mengetahui bahawa Mizz Nina ini juga datang daripada golongan-golongan berada, tetapi dia begitu rendah diri.

“Dia bukan anak tiri tauke Pakistan jual karpet, mahupun cucu tauke beras, atau anak makcik jual daging rimau. Bukan. Dia anak pengasas Ambank. Anak orang yang pernah menduduki top 10 orang paling kaya di Malaysia. Anak orang kaya yang betul, bukan kaya sembang.”

Namun begitu, sejak dirinya berhijrah, dia memang tiada apa-apa kontroversi malah sebelum dirinya berhijrah lagi. Menurut Aliff aura keinsafan dia jauh mengatasi mana-mana selebriti lain yang konon telah berhijrah.

Ditambah lagi, Mizz Nina ada melakukan perniagaan hijab, tudung dan shawl, serta alat dan fesyen muslimah tetapi…

“Tidak pula dia galak bikin kontroversi dengan buat launching tudung di club malam atau dengan mencipta drama kontroversi. Dia dilihat sangat rilex, tenang dan tidak laparkan perhatian.”

MizzNina

Tak lupa juga, Mizz Nina telah sekian lama melancarkan Islamic Apps yang bernama QalbyApp. Selain itu, dia juga bangunkan sebuah yayasan kebajikan yang dinamakan, Yayasan Min Qalby.

“Lihatlah, betapa banyak sumbangan dan aktiviti Mizz Nina kepada masyarakat yang telah dia buat sebagai tanda penghijrahannya.”

“Tetapi yang lebih utama, bukti penghijrahannya adalah tiada kontroversi sampah dan drama murahan, tidak bersikap bongkak dan angkuh walaupun dia tidak memakai niqab dan bersuamikan lebai tak grad.”

Ha ah kan? Dia memang tak pernah ada kontroversi.

 

Baca : “Noh kata Mizz Nina ni lain” -Individu Kongsi Kisah Penghijrahan Selebriti Mizz Nina & Noh Hujan

nina

Sumber: Facebook
Sumber: Awani
Sumber: Wikipedia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.