in

“Niat saya nak bantu golongan susah” – Individu Jual 3 Helai Baju Sekolah Dengan Harga RM10

baju sekolah rm 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak lama lagi, sesi persekolahan yang baru bakal bermula dan ibu bapa kini pastinya sedang sibuk membeli keperluan sekolah untuk anak-anak seperti baju, buku dan juga alat tulis.

Dalam membeli keperluan ini, banyak wang yang perlu dikeluarkan. Namun tindakan seorang peniaga yang menjual baju sekolah dengan harga yang murah telah menarik perhatian ramai.


Artikel berkaitan: Tragedi Cuti Sekolah, Cuping Telinga Anak P*tus Digigit Kuda Ketika Bergambar

Artikel berkaitan: Murid 6 Tahun Didakwa Didera, Guru Beri Alasan Sebab Tak Tahu Mengeja & Tak Siap Kerja Sekolah

Jual tiga baju sekolah RM10

Menurut Harian Metro, premis milik Mohd Azrol Azhar, 38, seorang peniaga di Kampung Simpang Tok Ku, Kuala Terengganu telah diserbu orang ramai yang ingin mendapatkan pakaian sekolah dengan harga yang murah.

Peniaga ini difahamkan menjual pakaian seragam sekolah pada harga RM10 bagi tiga helai pakaian.

0212rsbaju 1739410812

Mohd Azrol berkata, dia tak mahu memikirkan keuntungan berikutan mahu membantu keluarga yang tidak berkemampuan.

Saya tak mengira sangat keuntungan. Niat saya lebih kepada mahu membantu orang susah. 

“Kos sara hidup kini amat tinggi. Bagi keluarga yang mempunyai ramai anak dan kurang berkemampuan, sudah tentu memerlukan perbelanjaan besar untuk menyediakan kelengkapan sekolah.

“Niat saya untuk membantu golongan susah, saya jual dengan harga yang tidak masuk akal ini tanpa mengira soal keuntungan,” katanya.

Tambahnya lagi, dia telah melabur sebanyak RM300,000 untuk perniagaan ini namun hanya mendapat keuntungan yang sangat ‘nipis’.

Namun dia tetap gembira kerana dapat membantu lebih 10,000 keluarga yang datang ke kedainya untuk mendapatkan pakaian sekolah.

sekolah 1

sekolah 2

Tahun ini saya membekalkan lebih 100,000 helai pakaian sekolah iaitu baju, seluar, kain, tudung dan stokin. Semuanya habis dijual dalam tempoh seminggu,”  katanya lagi.

Dalam pada itu, Mohd Azrol juga terharu apabila ada di kalangan pelanggan yang sanggup membeli baju dalam kuantiti yang banyak untuk membantu jiran dan penduduk yang tidak berkemampuan.

Ramai pelanggan yang ucap terima kasih dan berdoa semoga saya dapat terus membantu orang susah dengan menjual pakaian baharu dengan lelong.

“Malah, ada juga di kalangan pelanggan yang saya bagi percuma dengan niat bersedekah,” katanya.

Alhamdulillah… usaha abang ni patut dipuji kerana membantu mereka yang susah. Mesti seronok budak-budak yang dapat pakai baju sekolah baru. 

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.