in

“Niat nak tolong je”- Wanita Hanya Mampu Tersenyum Tengok Anak Cat Motor Dengan Warna Putih

f4 motor putih 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Memang bagus jika ibu bapa mula terapkan sikap bertanggungjawab dan ringan tulang sejak anak-anak kecil lagi. Melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Namun, lain pula yang dilakukan oleh kanak-kanak lelaki di Indonesia ini.


Menurut Liputan6, niat kanak-kanak tersebut baik kerana mahu membantu ibunya mengecat rumah tapi lain pula yang dicat kerana dia mengecat motosikal ibunya!

Kejadian itu dikongsikan oleh ibu kanak-kanak itu menerusi TikTok devirahma159 baru-baru ini.

@devirahma159

Bingung mau ngakak apa nangish??#fyp #HyAminoBebasKilap #MakeNightsEpic #anakhebat #nangis #ngakak #lucu #anakhebat #epyepe #beranda #epyepedong #samasamabelajar

♬ suara asli – Mamadev – Mamadev

Dalam video yang berdurasi selama 30 saat itu, kanak-kanak yang memakai baju berwarna kuning itu memegang berus cat dan tempat duduk serta lampu motosikal milik ibunya telah dicat putih sepenuhnya.

10 2

Ketika ditanya oleh ibunya, kanak-kanak berkenaan hanyalah tersenyum dan wajahnya menunjukkan riak yang tidak bersalah.

Video tersebut telah dimuat naik bersama kapsyen yang tertulis “Bingung sama ada nak ketawa atau menangis”.

Itu lah tu, kalau marah pun bukan boleh ubah apa-apa kan. Budak-budak biasalah, ada je akal dia nak bermain. 

11 1

Dapat dilihat dalam video itu juga bahawa wanita itu tidak memarahi anaknya sebaliknya hanya meminta anaknya untuk meminta bantuan tukang yang sedang bekerja di rumahnya untuk bersihkan cat berkenaan.

12 2

Rata-rata warganet negara itu juga terhibur melihat gelagat kanak-kanak itu dengan ibunya hingga ada yang kata mungkin anaknya itu ada bakat untuk masuk jurusan seni lukis dan seni reka suatu hari nanti.

Kreatif budak ni boleh buat art berat, mungkin boleh jadi pelukis ternama suatu hari nanti. 

Sumber: Liputan6. TikTok @devirahma159

Baca: Budak Perempuan Jadi Tumpuan Lepas Menangis Gara-gara Wajahnya Dikatakan Mirip Bapa Sendiri

9 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.