in

Niat Nak ‘Selfie’ Atas Landasan Bertukar Tragedi, Remaja Maut Dilanggar Kereta Api

Cats 11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Niat seorang remaja lelaki berusia 16 tahun untuk berswafoto di atas landasan kereta api bertukar tragedi apabila dia dilaporkan maut dilanggar kereta api. Kejadian dilaporkan berlau di stesen Bharatnagar, Hyderabad.

Menurut sumber, Md Sarfaraz pergi ke landasan kereta api berhampiran rumahnya bersama dua rakan yang lain untuk merakam foto dan video bagi kanduangan media sosial.


Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi Sarfaraz apabila dia dirempuh kereta api.

Train Hyderabad

Inspektor A Srinivas dari Polis Kereta Api Kerajaan (GRP) Nampally berkata, Sarfaraz berdiri di sebelah trek kereta api untuk berswafoto. Namun, posisi badannya terlalu hampir membuatkan dia dirempuh oleh kereta api.

“Kami masih belum mengenal pasti kereta api mana yang melanggar budak itu. Kawan Sarfaraz berkata Kejadian berlaku kira-kira jam 3.30 petang.

“Kakitangan dari stesen kereta api memaklumkan kami kejadian itu sekitar jam 4.30 petang. Kami perlu mengesahkan butirannya,” kata seorang pegawai GRP.

Remaja berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian. Selepas dilanggar, rakan-rakannya segera melaporkan berita tersebut kepada keluarga mangsa mengenai insiden itu.

Kakitangan stesen kereta api bertindak menghubungi pihak polis untuk melaporkan kejadian tersebut, yang kemudiannya membawa mayat Sarfarz ke hospital untuk bedah siasat.

Kredit: Harian Metro

BACA: Lelaki Di India Bina Sendiri Villa Ala-ala Kapal Titanic

Capture 2

Sumber: Siasat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.