Bagi wanita yang menjaga kecantikan wajah, wajar untuk korang pakai macam-macam krim seperti krim pemutih lah, mosturizer lah dan yang paling penting sunscreen yang dapat melindungi kulit daripada cahaya UV matahari.
Namun viral baru-baru ni di Twitter, apabila seorang instafamous, Asyalliee katanya mempromosi produk sunscreennya yang boleh juga dipakai pada waktu malam. Merasa hal tu pelik, tiba-tiba seorang netizen ni telah mengecam tindakan ‘bodoh’ Asyalliee.
https://www.instagram.com/p/B2dx-J6FF56/
“Maknanya malam ni tidur dalam aircond kena pakai sunscreen la”
Disebabkan posting tersebut viral, Asyalliee mendapat kecaman netizen yang berpendapat memakai sunscreen pada waktu malam tu satu perkara sia-sia. Lagipun menurut mereka, mana ada matahari waktu malam yang sampai gigih nak pakai sunscreen dan bawa tidur sekali tu.
Ini antara komen yang mengecam Asyalliee.
“Kalau hang tak delete benda karut ni. Tunggu surat saman sampai ok”
Walau bagaimanapun, isu viral ni mendapat perhatian Asyalliee yang telah menjelaskan hal sebenar dan siap nak saman lagi netizen terbabit. Uishhh!
Menurut Asyalliee di instastory, dia pertama sekali langsung tak ada sebut pun tentang memakai sunscreen ni masa tidur. Malah katanya lagi, sebenarnya boleh saja kalau nak pakai sunscreen kalau keluar ke mall atau mana-mana pada waktu malam.
Menerusi penjelasan seorang pengikutnya di ruangan DM, lampu pendaflour pun boleh hasilkan sinaran UV. Jadi tak salah kalau pergi mall waktu malam dan pakai sunscreen untuk protection kepada kulit.
Haaa kan dah kena. Kalau nak kecam tu berpada-padalah.
Apa pendapat korang mengenai isu ni? Pernah tak keluar waktu malam pakai sunscreen? Apa-apa harap janganlah gaduh sampai saman menyaman ye.