in

“Ni salah satu character” – Ramai Terkejut Tengok Makeup Pelik DSV, Katanya ‘Spoiler’ Untuk MV Baru

page dsv makeup

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang tengok Big Stage minggu keenam malam tadi, mesti akan fokus lebih kat pemakaian dan juga makeup President Netizen kalini kan? Ada yang kata macam Aina Abdul 2.0!

Haa, siapa lagi kalau bukan Dato’ Seri Vida… Malam tadi, penampilannya telah mengejutkan orang ramai malah ada yang beranggapan bahawa makeup look yang dikenakan tidak sesuai dengan umur dan statusnya sebagai seorang usahawan.


https://www.instagram.com/p/CbC-HkABWwt/?utm_medium=copy_link

Lebih mesra dengan panggilan DSV, dia memuatnaik beberapa gambar di akaun Instagramnya @datoserivida sebaik saja selesai menjalankan tugasnya di Big Stage dan ianya telah mendapat pelbagai reaksi dari netizen.

Rata-rata di bahagian komen mengatakan bahawa makeup itu agak keterlaluan dan ada yang mahukan DSV untuk kembali mengenakan makeup look yang kelihatan lebih manis dan cantik dipandang.

“Seram nya . X jadi look young dah . Look takut dooh ???” – Komen netizen

komen full 4

“Ini look salah satu character dalam MV saya”

Tidak cepat mengalah dengan komen yang diberikan oleh netizen, DSV mengatakan bahawa tujuan dia tampil dengan makeup look tersebut adalah sebagai ‘spoiler’ kerana ia merupakan salah satu watak dalam muzik videonya yang akan ditayangkan pada 20 Mac ini.

“Bertenang semua ini look salah satu character dalam music video saya . set the date 20/3 ini ya sayang ?✨” – DSV

Sebelum ini, DSV ada memuatnaik di Instagramnya behind the scene ketika mengenakan makeup untuk lagu terbarunya yang bertajuk Ku Ikhlaskan dan posting video tersebut turut mendapat reaksi yang sama dari netizen.

https://www.instagram.com/p/CbCbVMHBNhG/

Lain macam betul makeup DSV ni eh… Agak-agak korang MV kali ni genre yang macam mana pulak? Takpe, sama-sama kita tunggu 20 Mac ni okay?

Baca: “Saya betul-betul menyesal” – DSV Tutup Komen di IG, Akui Bergurau Kasar Isu Anuar Zain

untitled 2 9

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.