Admin yakin majoriti daripada kita semua mesti takut dengan serangga pelik, merayap dan berbentuk unik. Walaupun serangga ni contohnya kupu-kupu nampak lawa di mata, namun bila keluar sisi peliknya yang tak disangka-sangka admin rasa ramai dah berdesup lari kan?
Haa bercakap pasal sisi pelik kupu-kupu, admin nak tunjuk satu perkongsian netizen tentang kupu-kupu berupa pelik ni. Netizen ni asalnya tanya dekat Twitter National Geographic, tapi postnya jadi viral sebab ramai yang geli dengan serangga ni.
Korang tengoklah kalau geli ke tidokkk..

“Bukan ‘kupu-kupu dari neraka’. Jangan takut, ia cuma kupu-kupu yang sedang ‘horny'”
Well nampaknya Nat Geo tak menjawab soalan rakan kita di atas tu dan ramai pula yang beri jawapan merapu seperti di bawah ini.

Namun menurut tweet ZoologiMy, rupanya kupu-kupu yang digelar ‘kupu-kupu dari neraka’ ni tak adalah bahaya manapun macam kita sangkakan.
Memang rupanya nampak pelik tapi kupu-kupu berjantina jantan ni dengan bulu-bulu yang mencanak dari hujung badan sebenarnya sedang dalam keadaan ‘berahi’ je? Eww what??

“Bayangkan ia macam perfume, untuk tarik betina supaya sama berahi”
Sebenarnya banyak yang salah faham tentang bulu-bulu yang digelar hair pencil pada kupu-kupu tersebut. Menurut Eton Zoologi, ia diibaratkan macam perfume yang digunakan kupu-kupu jantan untuk tarik perhatian kupu-kupu betina berahi kepadanya.
Jangan fikir kotor ye! Ini sains wokayy.


“Hair pencil bukan penis!”
Lebih menarik lagi, bila ramai yang tanya sama ada hair pencil ni merupakan penis iaitu alat sulit yang akan digunakan untuk mengawan, Eton menjawab kesalahfahaman tersebut. Penis kupu-kupu dan hair pencils ni adalah dua perkara berbeza.
Katanya, sebelum mengawan kenalah tertarik dulu kan? Itulah tugas hair pencils!

So amacam? Good information kan! Sebelum korang rasa takut atau membenci sesetengah serangga tu, siasat dulu ye. Dapat juga tambahkan ilmu pengetahuan.
Baca: “Tutup periuk, nanti ada penunggu” – Punca Periuk Nasi Ini Rosak Boleh Buat Korang Geli-geleman!