in

“Ni pengajaran untuk semua” – Dedah Pernah Berhabis Duit Sebab Judi, Shuib Bersyukur Sempat Berhenti

Syaz Ft 2024 07 22T113611.458

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Judi merupakan perbuatan yang salah di sisi Islam dan juga dari segi undang-undang negara jika tidak mempunyai lesen yang betul.

Terbaru, pelakon dan pelawak Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad mendedahkan dia pernah terjebak dengan permainan judi sehinggakan mengalami kerugian yang besar.


Artikel berkaitan: “Saya call dia tapi…” –  Pelawak Ditahan Polis, Shuib Dedah Kenal Rapat Dengan Suspek

Artikel berkaitan: “Tak perlu share kot” –  Shuib Kongsi Anak Perempuan Dah Baligh Tapi Netizen Tak Setuju?

Dalam podcast yang turut disertai oleh Fizie dan Shuk Sahar itu, Shuib berkongsi dia seakan ketagih dengan berjudi pada ketika itu sehingga sanggup membayar RM150 untuk sekali permainan.

“Aku bet 150 per spin, dalam satu minit sebenarnya boleh pergi dalam, 3 ke 4 spin, maksudnya dalam seminit berapa kau habiskan,” kongsinya.

Dalam podcast itu, Shuib berkongsi ketagihannya terhadap perjudian pada ketika itu berada di tahap dia sendiri ingin melihat sebanyak mana wang yang boleh diperolehinya ketika berjudi.

Pun begitu, dia menceritakan dia tersentak ketika dia berhadapan dengan ancaman daripada individu lain ketika berjudi dan itu membuatkan dia memutuskan untuk tidak lagi menjadi hamba judi.

“Perbezaan dia MashaAllah, Allah nak bagi. Kadang-kadang kau rasa kau berjudi tu kau puas, bila kau menang kau gempak.

Tapi kehidupan kau masih susah, kau takde duit kau kena pinjam, kena cari job untuk adakan duit padahal bila aku berhenti, duit bukan kata boleh simpan, malah makin banyak,” katanya.

Bekas anggota Sepahtu itu juga berkongsi selepas dia berhenti berjudi serta-merta, rezekinya semakin banyak dan dia mula mempunyai perniagaan seperti Bubblebee dan banyak lagi.

Jauhi judi guys!

Sumber: YouTube

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.