Korang yang ada rumah dan sewakan kepada orang lain tu baik hati-hati dan ambil iktibar daripada kisah yang menimpa wanita ini. Atleast korang boleh bersedia bila berhadapan dengan situasi sama kan.
Semalam seorang pengguna facebook, Suraya Md Amin berkongsi kisah yang dialaminya apabila terpaksa berdepan dengan penyewa yang jenis ‘tak makan saman’ dan ‘tak tau malu’.
Kecewa dengan apa yang dilakukan penyewa tersebut, Suraya tekad untuk menceritakan apa yang dialaminya supaya orang lain tidak menjadi mangsa sepertinya.
“Penyewa rumah tinggalkan rumah yang hancur dan penuh dgn tahik kucing sebagai kenangan untuk tuan rumah”
Memang melampau penyewa jenis ni dah lah tak bayar sewa dan semua bil sampai 4 bulan, siap tinggalkan ‘hadiah’ buat tuan rumah lagi.
Paling tak boleh masuk akal, bagi 1001 alasan untuk tak nak bayar sewa rumah. Kalau tak mampu nak sewa jangan menyewa. Ini tak, menyusahkan orang lagi ada kan?
Tapi, kalau dah situasi macam ni berlaku kenapa Suraya tak halau je penyewa kan?
“Tapi dia ni mmg hati kering dan sifat kemaluan y senipis kulit bawang”
Tak sangka betul masih ada lagi manusia yang berperangai macam ini kan?
Once again, kene kencing lagi memang dia awal2 dah lari dan tingkalkan rumah macam…
Rata-rata netizen yang membaca perkongsian wanita tersebut nyata cukup marah dengan perilaku penyewa yang jenis tak kenang budi selain menyusahkan owner.
Malah mereka berpendapat elok di viral kan sahaja kisah wanita ini supaya menjadi pengajaran kepada semua.
Jahatnya ore tu, hancur abis rumah awak geramnya saya tengok
Banyak dah dengar kes penyewa buat taik macam ni
Viral je sue biar ore lain tak terkena dek bapak kucing ni
Harap-harap kita lepas ni lebih berhati-hati nak pilih penyewa, kalau dapat spesis macam ni memang azab ler!