in

“Ni muslim dari China, kedai pun halal” – Individu Dikecam Tularkan Pekerja Pakai Kopiah Berseluar Pendek

ft lpekerja cina muslim berkopiah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas isu pekerja dari kedai makan Cina muslim tular berikutan dengan pekerjanya memakai rantai salib, viral pula satu video yang memperlihatkan pekerja memakai kopiah tapi berseluar pendek.

Individu yang memviralkan video tersebut telah mempertikaikan kredibiliti kedai itu dan memberikan sindiran dengan mengatakan seolah-olah satus kedai Cina Muslim tersebut adalah halal kerana pekerja memakai kopiah, tetapi dalam diam tidak patuh syariah.


Artikel Berkaitan : Tular Pekerja Pakai Tanda Salib, Pengurusan Dakwa Kakitangan Tersebut Sudah Diberhentikan

Artikel Berkaitan : [VIDEO] “Ingat aku ni kafir ke apa?” – Aaron Aziz Perjelas ‘Tatu’ Didakwa Ada Bentuk Salib

Video tersebut mendapat perhatian netizen dan tular di platform X, yang mana tindakan pemilik video viralkan kedai tersebut telah dikecam hebat oleh netizen kerana dikatakan dengan mudah menjatuhkan hukum tanpa usul periksa.

Biarpun ada yang sentuh bab kebersihan dan ada yang sokong dengan tindakan pemilik video, ramai yang bandingkan dengan kedai Melayu halal lain yang juga tidak menjaga kebersihan.

Screenshot 2023 12 14 161040

Screenshot 2023 12 14 161059 1 Screenshot 2023 12 14 161129 1  Screenshot 2023 12 14 161452

Hurm, asalkan makanan yang disediakan itu halal, bersih dan ada pengesahan JAKIM, Insya-Allah tiada apa yang mencurigakan.

Sumber : X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.