Siapa pernah kena sengat dengan tebuan atau lebah mesti tahu betapa sakitnya pengalaman itu.
Dahlah penat cuba melarikan diri daripada disengat tapi tetap terkena.
“Tengah syok bawak motor tetiba ada benda hinggap kat bibir”
Tapi lain pula dengan seorang wanita, Ida yang berkongsi pengalamannya disengat sejenis serangga sewaktu menunggang motosikal.
Menurutnya, kejadian itu berlaku semasa dia sedang dalam perjalanan ke sebuah salon.
Eh, teruk sangat ke keadaan dia ni? Sampai bengkak bibir.
Dah macam kena cucuk Botox!
Terhibur dengan kejadian yang terjadi, dia sempat memuatnaik beberapa keping gambar yang menunjukkan perubahan di mukanya akibat perkara itu.
Boleh nampaklah daripada sikit kesan bengkak tu terus lama-lama dah macam orang cucuk Botox!
Masa kat klinik ni, katanya ada pulak orang ajak berbual macam-macam.
Orang tu dah pening-pening, rasa loya ada, bibir bengkak pun ada yang nak sembang. Lawak!
Ya Allah, kesiannya tengok muka akak ni. Sampai naik biji-biji kat muka tu atau apa dipanggil gegata.
Memang kesan alergik la tu. Tapi yang tak boleh blah, suami sempat mengusik nanti bibir macam ni sampai tua.
“Ni mesti kena serangga jantan ni..”
Walaupun kesudahannya Ida kembali pulih selepas menerima ubat berupa injection daripada doktor, tapi memang bahaya juga kan.
Nampak kelakar tapi ramai juga yang pernah terkena dengan kejadian hampir serupa.
Silap haribulan boleh sesak nafas ye akibat alergik ni.
Bak kata Ida, pengajarannya lain kali naik motor kena pakai visor atau penutup muka helmet tu. Malang tak berbau!