Selalunya, tajuk sesebuah drama dibuat berdasarkan jalan cerita, tak pun kalau cerita adaptasi, dorang gunakan je nama dari novel.
Dalam industri perfileman, tajuk drama adalah elemen yang penting untuk menarik penonton. Lagi bagus, kalau tajuk tersebut ringkas dan mudah diingati.
Namun, perkara ini bukanlah mudah sebab mereka harus memastikan tajuk tak sama dengan drama yang lain. Disebabkan perkara ini, mulalah munculnya tajuk yang pelik-pelik.
Baru-baru ini tular di media sosial, seorang netizen di Twitter persoal tajuk drama di Indonesia sedang ditayangkan di salah sebuah stesen TV di Malaysia.
Mana taknya, tajuk yang digunakan untuk drama ni panjang dan boleh dikatakan merapu.
Aku Tanpamu Bagaikan Ambulan Tanpa Uwiw Uwiw”
https://twitter.com/p0kN1k/status/1272833070240903168
Apa pelik sangat nama cerita ni…
Selepas dikaji balik, rupanya tajuk ini diambil dari lagu nyanyian dari Cita Citata yang berjudul ‘Uwiw Uwiw’.
Difahamkan, lagu ini turut digunakan sebagai OST drama ini.
Pandai lak buat bunyi ambulans
Pengarah dia mesti cerdik
Di Indonesia segalanya bisa pak…
Sementara itu, menerusi ruangan komen seorang lagi warganet turut kongsikan tajuk cerita yang pelik dipercayai dari drama Indonesia juga.
Berbelit lidah nak sebut cerita-cerita ni…
Baca: “Plot twist habis” – [VIDEO] Watak Pelakon Sinetron Ni OKU Kudung, Tapi Tiba-Tiba Ada Tangan Pulak