Baru sahaja hangat diperkatakan mengenai isu kahwin bawah umur yang mana kerajaan menyatakan untuk tidak bercadang mengharamkannya buat masa ini, hari ini muncul pula isu baru berkenaan hal tersebut.
Menurut mStar, tular video di laman TikTok beberapa hari lalu mengenai seorang gadis berusia 19 tahun yang mendedahkan bahawa dia telah berkahwin dengan seorang ustaz di sekolahnya.
Apa yang menarik perhatian ramai ialah dia menyatakan bahawa ustaz tersebut pernah menyatakan hasrat untuk mengahwininya ketika dia di Tingkatan 2 yang mana baru berusia 14 tahun.
Menerusi screenshot dari video berkenaan, gadis itu katanya menjawab,
Saya bawah umur lagi, ustaz kena tunggu sampai saya 17 tahun dulu boleh? Ustaz jumpa ibu dan ayah saya dulu,” katanya.
Video itu kemudian memaparkan imej gadis itu dilihat berkahwin dengan ustaz berkenaan dan sedang menyalami suaminya.
“Salah satu tujuan suami adalah untuk mengubah diri saya”
Setelah menerima pelbagai kecaman di komen TikTok, gadis tersebut sempat menjelaskan cerita di sebalik perkahwinannya kepada netizen sebelum video berkenaan dipadam.
Menurutnya, dia telah mengenali suami pada tahun 2015 lagi tapi ketika itu sebagai ustaz dan anak murid.
Pun begitu, pada tahun 2017, ustaz berkenaan telah berjumpa dengan ibunya ketika si ibu menghantar adik ke sekolah. Pada ketika itu, ustaz terbabit adalah guru kepada adiknya.
Gadis ini juga menjelaskan yang dia merupakan seorang gadis yang nakal ketika di bangku sekolah dan salah satu tujuan suami mengahwininya adalah untuk mengubah dirinya menjadi lebih baik.
“Ni child grooming la”
Video yang kini tular di Twitter ini menerima komen yang pelbagai daripada netizen, yang mana ada di antara menganggap perbuatan guru tersebut sebagai child grooming dan seorang pedofilia.
Namun ada juga yang berpendapat isu ini tak sepatutnya dipanjangkan kerana remaja itu sudahpun berkahwin dan kini memiliki anak bersama ustaz terbabit.
Admin pun tak tahu nak komen macam mana isu ni. Harapnya gadis berkenaan bersama suaminya baik-baik sahaja.
Baca: Kerajaan Tak Cadang Haramkan Perkahwinan Bawah Umur – Rina Harun