in

“Ni bukan yang pertama..”- Pendedahan Mengejut Haziq Aziz! Dakwa Dah 4 Kali ‘Aksi Ranjang’ Bersama Menteri Tersebut

Featured Image

Dua tiga hari ni negara digemparkan dengan penyebaran video klip seks lelaki dengan seorang mirip ‘menteri kanan’.

Semalam pula seorang lelaki, Haziq Aziz dengan beraninya membuat pengakuan bersumpah di facebook bahawa dia lah lelaki didalam video tersebut.

Malah dia turut menyatakan bahawa ‘menteri’ yang didakwa terlibat dalam klip video tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohamed Azmin Ali.

Namun satu lagi pendedahan yang dibuat pada ini ini lebih mengejutkan ramai pihak!

 

‘Aksi ranjang’ tersebut bukanlah yang pertama!

Memetik Malaysiakini, Haziq menyatakan bahawa rakaman video yang disebarkan semalam bukanlah yang pertama.

Whaaaatt!

Sumber : google

“Pertama kali di Grand Continental Kuching, tiga tahun lalu, kemudian di Pullman Kuching semasa Pemilihan Parti (PKR) pada Oktober tahun lalu

“Kami sekali lagi melakukannya di Hotel Grand Hyatt KL semasa tugasan kamu selaku Menteri Pengiring kepada Sultan Brunei pada Mac tahun ini dan bulan lalu di Fourpoint Sandakan,”

Bukan itu sahaja, Haziq juga mendakwa yang Azmin turut mengarahkan setiausaha politiknya, Hilman Idham berjumpa dengannya di sebuah restoran di Marriot Putrajaya pada hari kejadian bagi meminta dia menafikan dirinya dalam klip video yang viral tersebut.

Putrajaya Marriott Hotel Kl100 2
Sumber : google

“Dia paksa saya untuk menafikan bahawa diri saya dalam video yang tular itu dan meminta saya berbohong untuk dirinya.

“Saya mohon lebih masa untuk merujuk kepada ibu bapa saya dan ini menimbulkan kemarahannya.

“Selepas saya menolaknya, dia membuat ugutan dan berkata ‘ini’ akan berakhir dalam 48 jam dengan atau tanpa bantuan saya untuk berbohong,”

Haziq juga berkata yang dia kecewa dengan Azmin selain mendakwa menteri itu sebagai ‘Lelaki Yang Sakit’ kerana tergamak rakam video aksi seks mereka di atas ranjang.

Saya sedari kamu lelaki yang sakit kerana hanya kamu yang yang boleh merakamkan video-video itu sebagai koleksi peribadi selepas menjemput saya ke bilik hotel pada semua kejadian,”

Malah katanya dia turut dituduh pihak tertentu selepas membuat pengakuan bersumpah di facebook.

“Saya dituduh mempunyai agenda politik oleh Perdana Menteri (Dr Mahathir Mohamad) selepas membuat pengakuan bersumpah,”

Setakat ini kita tak tahu siapa betul siapa salah, namun yang pasti penyebaran klip video seks ni sedikit sebanyak menggambarkan keadaan politik negara yang ‘tak stabil’.

Hurmm..macam macam eh!

Baca : Sayalah individu bersama menteri dalam video viral tu-Lelaki Bersumpah Video Aksi Atas Katil Bersama Menteri Kanan?

Capture