Selepas beberapa insiden pihak polis yang iringi konvoi VIP telah menahan ambulans tular di media sosial, ramai netizen telah mempersoalkan sikap dua darjat yang lebih mementingkan kesenangan orang atasan berbanding nyawa rakyat.
Pun begitu, baru-baru ini Uncle Kentang telah kongsikan video menunjukkan tak semua anggota polis yang iringi konvoi bersikap sedemikian.
“BUKAN SEMUA MOTORCADE TAHAN AMBULAN”
Menurut Uncle Kentang, pagi tadi ambulans miliknya yang membawa seorang pesakit telah memperlahankan kenderaan untuk memberi laluan kepada konvoi Diraja yang dia percaya sedang membawa Seri Paduka Yang Di Pertuan Agong.
Bagaimanapun, salah seorang rider yang mengiringi konvoi tersebut telah meminta ambulans ini untuk ke depan dan mengikut mereka.
3 outriders motor besar trafik telah dengan cekap nya memperlahankan kenderaan lain dan beri laluan kepada ambulan. Ambulan telah di iringi dari Simpang Jalan Semantan hingga ke Jalan Parlimen bagi mempermudahkan misi kami membawa pesakit ke Institut Jantung Negara. Kami terharu dengan usaha baik ini.
Motorcade tersebut tidak melengahkan pergerakan ambulan malah memudahkan ia bergerak lancar di kesibukan kesesakan lalulintas di pagi hari.
DAULAT TUANKU ! DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU ! Kami sampai di IJN dengan selamat.”
https://www.facebook.com/100000053340071/posts/5424762727535452/?d=n
Tindakan anggota polis ini ternyata mendapat pujian dari netizen yang rata-ratanya mengatakan bahawa inilah yang sepatutnya berlaku bila berhadapan dengan situasi sebegini.
Namun begitu, menerusi ruangan komen, Selangor Royal Office telah memperbetulkan posting ini dan mengatakan ini merupakan entourage DYMM Sultan Selangor ketika menuju ke Istana Negara siang semalam.
Manakala Facebook Kedah Royal Family pula mengatakan anggota PDRM di dalam video tersebut telah mengiringi Tuanku Sultan Kedah ke Istana Darul Aman.
Tak kisahlah motorcade siapa pun, yang penting tindakan anggota polis yang mendahulukan ambulans ni memang patut sangat dicontohi. Terbaikkkkk
Baca: “Nyawa vvip lagi mahal” – [VIDEO] Polis Tahan Ambulans, Beri Laluan Kepada Konvoi VIP Undang Kecaman