in

“Next PRU saya nak jadi wakil rakyat” – Aliff Syukri

ft aliff syuri nak jadi wakil rakyat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Daripada pengusaha kosmetik nak jadi pula penyanyi, kini Dato’ Aliff Syukri sekali lagi jadi tumpuan netizen apabila dia berhasrat untuk sertai bidang politik pula.

Terbaharu ini, Aliff Syukri ada buat satu video menunjukkan tanda sokongannya terhadap Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.


 

Nak jadi wakil rakyat?

Dalam video tersebut dilihat Aliff Syukri memakai t-shirt Barisan Nasional (BN) berkawad sambil mengibarkan bendera parti BN di hadapan banner yang terpapar muka KJ dan Datuk Ismail Sabri.

Video itu bertujuan untuk menunjukkan tanda sokongannya terhadap parti dan calon Parlimen Sungai Buloh itu. Kata Aliff, dia menyokong adalah kerana ingin menambat hati orang ramai jika dia dapat menjadi wakil rakyat untuk Pilihan Raya Umum yang seterusnya.

“Next pru saya jadi wakil rakyat kat hati awak pulak okey.. Boleh nyanyi untuk korang hari-hari.. ini cara sy berbakti pada semua.”

https://www.instagram.com/p/ClC8nxSA8Z1/

 

Haritu bukan sokong lain ke? – Netizen

Berikutan dengan video tersebut,  sudah pastinya ia mengundang pelbagai reaksi netizen, ada yang terhibur, ada yang pelik dan ada juga yang mula mempertikaikan sokongannya itu.

Screenshot 2022 11 17 122910 Screenshot 2022 11 17 122936 Screenshot 2022 11 17 123449 Screenshot 2022 11 17 123652 Screenshot 2022 11 17 123747

 Haih, apapun keputusan terletak di tangan kita dan tinggal beberapa hari je lagi  PIlihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini akan tiba. Selamat mengundi!

Baca :“Nak komen pun serba salah” – [VIDEO] Aliff Syukri ‘Collab’ Dengan Caprice Buat Lagu Baru?

caprice collab aliff syukri lagu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.