in

Netizen Terhibur Bila Dapat Tahu ‘Ending’ Buku Cerita Sleeping Beauty Versi Islamik Ini

f1 sleeping beauty versi islamik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa je yang tak kenal dengan cerita-cerita dongeng? Tak kita lelaki atau perempuan seperti, pasti ramai yang menyukai cerita Cinderella, Aladdin, Beauty and the Beast dan juga Sleeping Beauty kan.

3 1

Namun, tahukah anda ada sebuah buku cerita kanak-kanak bertajuk Sleeping Beauty An Islamic Tale iaitu cerita puteri tidur ‘versi Islamik’?


Buku cerita kanak-kanak yang ditulis oleh Fawzia Gilani itu telah menjadi perhatian ramai netizen di Twitter baru-baru ini kerana pengakhirannya yang unik.

Jika dalam filem animasi Sleeping Beauty yang ditayangkan pada tahun 1959, puteri Aurora telah dicium oleh putera agar dia sedar daripada tidurnya yang panjang.

Namun, memandangkan dalam Islam, ciuman antara lelaki dan wanita yang tidak berkahwin adalah haram, penulis buku tersebut telah memilih pengakhiran yang berlandaskan Islam di mana puteri yang berhijab itu tersedar daripada tidur panjang selepas putera merenjis air zam-zam ke wajahnya.

Pengakhiran buku cerita kanak-kanak itu membuat ramai terhibur sehingga ada yang menyifatkannya sama seperti putera itu telah meruqyah puteri berkenaan.

1

Kalau korang nak baca sinopsis penuh buku cerita ini, boleh baca di laman web Amazon atau Goodreads ini.

Baca: 8 Filem Fantasi Terbaik Yang Korang Boleh Tonton Ketika Cuti Raya Nanti

filem fantasi

Sumber: IMDb

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.