Korang perasan tak, kalau adik beradik yang jarak umur mereka agak jauh, mesti hubungan mereka sangat akrab. Kebiasaannya ia terjadi kepada kakak atau abang sulung dengan adik bongsu.
Semalam, tular di TikTok video yang dimuat naik oleh @sopheakay, memaparkan situasi adik bongsunya yang baru pertama kali bekerja di sebuah restoran.
@sopheakay8 kakak sapa macam ni? sayang sangat adik adik dia 🤣🥰❤️ #fyppppppppppppppppppppppp #2023 #2023
Intai adik bongsu 1st day kerja
Bercakap kepada Lobak Merah, adik bongsu Sophea, Zahra yang berumur 18 tahun itu baru sahaja diterima kerja di sebuah restoran di sekitar Damansara. Sewaktu video tersebut dirakam, itu merupakan hari pertama adik bongsunya bekerja di situ.
Dalam video itu, Zahra yang juga merupakan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dilihat sedang sibuk menguruskan restoran tersebut. Dalam masa yang sama, Sophea dan kakak sulung mereka, Azlina serta anak-anaknya sedang mengintai Zahra dari luar restoran itu.
Semasa mereka berlalu pergi, Azlina dilihat menangis kerana sebak melihat adik bongsu mereka yang sudah pandai berdikari.
Sophea berkata, adik-beradiknya yang lain ada juga datang ke tempat adik bongsu mereka bekerja tetapi masing-masing datang pada waktu berbeza.
Kakak yang lain pergi tengok jugak tapi pergi different time. Sebab kami takut dia nervous pulak nanti kalau semua tengok dalam masa sama.
Artikel berkaitan: “Kakak you deserve it” – Majikan Sponsor ‘Me Time’ Untuk Pembantu Rumah Raih Pujian Netizen
Artikel berkaitan: Penuhi Impian Adik Autisme Mahu Belajar Berniaga, Kakak Buka ‘Kedai Seringgit’
Hubungan adik-beradik rapat walau jarak umur berbeza
Tambah Sophea, dia mempunyai enam adik beradik dan semuanya adalah perempuan. Oleh sebab itu, hubungan mereka sangatlah rapat walaupun jarak umur mereka agak jauh.
Adik bongsu kami tu umur baru masuk 18 lepasan SPM. Kakak sulung kami umur dia 44 tahun.. agak jauh jugak beza. Dorang rapat jugak. Along ni memang banyak advise dan jaga adik-adik dia semua.
Selain itu, Sophea menyifatkan adik bongsunya seorang introvert tetapi disebabkan keinginan Zahra untuk bekerja telah membuatkan kakak-kakaknya terharu.
Actually adik kami ni mcm very insecure and introvert orangnya. So bila dia cakap dia nak kerja and nampak she can handle it for the first day and first time kerja tu buat kami terharu tu.
Reaksi kakak sulung mereka yang prihatin ini telah membuatkan ramai netizen terharu. Rata-rata daripada mereka boleh relate dengan situasi tersebut.
Bestnya tengok relationship adik beradik ni! Nampak rapat sangat-sangat!
Sumber: TikTok