Rakyat Malaysia berasa terharu setelah menonton satu video tular di laman Tiktok baru-baru ini, yang memaparkan kegembiraan dua orang kanak-kanak lelaki dari Palestin setelah tibanya di Malaysia.
Lebih menyayat hati, dalam video tersebut, seorang kanak-kanak lelaki telah berteriak ‘Malaysia helwah!” yang bermaksud Malaysia sangat cantik.
Kanak-kanak dalam video yang dimuat naik oleh farish_88 itu dipercayai adalah sebahagian daripada rakyat Palestin yang dibawa ke Malaysia untuk rawatan lanjut.
Pada 16 Ogos lalu, seramai 41 rakyat Palestin yang cedera akibat serangan Israel di Semenanjung Gaza tiba dengan selamat di Pangkalan Tentera Udara (PTU) Subang, lapor Berita Harian.
@farish_88 Kembalikan senyuman 🇲🇾❤️🇵🇸 #fyp #fypシ #fyppppppppppppppppppppppp #malaysia #palestine #palestine🇵🇸 #savepalestine #welovepalestine🇲🇾❤️🇵🇸 #fypage #fypシ゚viral #pageforyou ♬ original sound – احمد فارس_٧
Sebanyak dua pesawat digunakan bagi membawa rakyat Palestin dari Pangkalan Udara Al Maza, Mesir, melalui penerbangan selama 13 jam dan sempat transit di Karachi sebelum menyambung perjalanan ke Malaysia.
Artikel berkaitan: TUDM Terbangkan 2 Pesawat Ke Mesir, Bawa Warga Palestin Cedera Untuk Rawatan Di Malaysia
Artikel berkaitan: Kontinjen Palestin Jadi Tumpuan Ketika Acara Pembukaan Olimpik Paris 2024
Seperti apa yang kita sedia maklum, rakyat Malaysia sangat mengambil berat mengenai nasib saudara mara kita di Palestin.
Oleh itu, tidak hairanlah video tersebut mendapat hampir 80,000 sukaan dan 1,449 komen setakat artikel ini ditulis.
Rata-rata netizen mengalu-alukan kedatangan rakyat Palestin dan berharap mereka mendapat layanan yang sewajarnya di negara ini.
Tidak kurang juga, ada yang berasa sebak dan mengalirkan air mata ketika menonton video berkenaan.
“Sedih rasanya bila tengok budak tu gembira. Selamat datang saudara. InsyaAllah, semuanya cukup di negara kami,” kata Muhaimin.
“MashaAllah, terpancar kegembiraan pada wajahnya. Semoga mereka bebas daripada kesedihan. Layanlah mereka seperti saudara. Mereka sudah cukup derita selama ini,” kata Ady.
“Sebak tengok wajah gembira kanak-kanak Palestin. Selamat datang ke Malaysia,” kata Halima.