in

Netizen Tepuk Dahi Tengok Perarakan Bangun Sahur Macam Disko, Lelaki & Perempuan Siap Joget Bersama

perarakan sahur 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Suasana bulan Ramadan di Samarinda, Kalimantan Timur, Indonesia, telah dicemari dengan rakaman video yang memaparkan aksi beberapa remaja lelaki dan perempuan menari seperti di kelab malam sambil diiringi muzik rancak ketika menyertai perarakan mengejutkan orang untuk bersahur.

Setakat artikel ini ditulis, video pertama yang menunjukkan sekumpulan remaja yang menari di atas sebuah trak pikap berwarna hitam sudah meraih sebanyak 3.1 juta tontonan di platform Tiktok. Manakala video keduanya pula sudah meraih 27.7 ribu tontonan.


Tidak hanya menggunakan muzik rancak persis di kelab malam, sejumlah remaja perempuan yang turut serta dalam perarakan kejut sahur itu juga dilihat berpakaian menjolok mata yang dianggap tidak sesuai dengan bulan Ramadan.

Watch on TikTok

Korang boleh tengok video kedua tu kat SINI.

Suasana Ramadan di Samarinda tercemar akibat kelakuan sejumlah remaja

perarakan sahur e1650169141193

Meninjau di ruangan komen pula, ternyata aksi terbabit mendapat perhatian penduduk setempat yang rata-ratanya mengecam tindakan remaja-remaja terbabit. Kebanyakannya menyifatkan perbuatan itu seperti tidak menghormati bulan mulia berkenaan.

“Saya orang Samarinda malu. Astaga, gak semuanya di Samarinda bangunin sahur begitu,” tulis netizen.

“Perarakan nak kejutkan orang bersahur ke atau nak berdisko sampai berjoget,” kata yang lain pula.

Video yang kini tular itu difahamkan telah sampai ke pengetahuan pihak berkuasa tempatan dan satu tindakan bakal diambil. Menurut Komisioner Polis Samarinda Creato Sonitehe Gulo, aksi remaja-remaja itu sangat mengusarkan penduduk setempat.

Tidak cukup dengan itu, remaja-remaja terbabit juga dikatakan telah melanggar Pasal 183 Undang-Undang Nombor 22 Tahun 2009 tentang Lalu Lintas Angkutan Jalan.

“Penggunaan mobil pikap tidak sesuai dengan kegunaan kerana mobil pikap adalah untuk mengangkut barang,” katanya.

Satu pasukan khas juga telah ditubuhkan bagi mengesan setiap individu yang dirakam dalam video viral berkenaan.

Sumber: Suara.com

Baca: “B*doh piang…” – Ikut Geng Mat Motor Kejut Sahur, Gadis Tayang Bra Sepanjang Jalan

bra jee e1650167292460

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.