in

Netizen Tegur Tindakan ‘Ustaz’ Di TikTok, Minta Wanita Buka Kamera Ketika ‘Live’ Sebab Nak Ajar Mengaji

Syaz Ft 2024 07 12T105504.042

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Di era media sosial ini, ramai yang memilih platform seperti TikTok untuk berniaga malah lebih menarik lagi ramai juga yang berkongsi ilmu.

Pun begitu, seorang ustaz yang sangat dikenali di TikTok mendapat kecaman ramai apabila dia meninggikan suara terhadap seorang wanita yang menyertai sesi live hanya kerana dia tidak mahu membuka kameranya.


Artikel berkaitan: Patuh Arahan JAIS, Ustaz Don Daniyal Tidak Akan Bersiaran Di Stesen Radio Suria FM

Artikel berkaitan: Kain Di Ampaian Boleh Kena Sihir Waktu Maghrib, Ini Penjelasan Ustazah Asmak Husin

Cats 8

Video penuh klik di sini.

Difahamkan, sesi live itu bertujuan untuk mengajar dan memperbaiki bacaan Surah Al-Fatihah namun ustaz berkenaan ibarat memaksa wanita itu untuk membuka kamera dengan alasan ingin melihat gerakkan bibir.

“Awak dalam room jodoh awak boleh bukak kamera dalam room baca Quran awak tak bukak eh? Awak pehal awak ni? Awak faham tak,” katanya.

Tangkap layar video itu membuatkan ramai yang triggered dan tidak bersetuju dengan tindakan ustaz di TikTok itu.

Malah, ramai juga yang berkata tidak perlu untuk seseorang guru mengaji untuk berbuat demikian dan pengajaran boleh melalui pendengaran sahaja.

Cats 7

Hm, kenapa lain macam cara dia mengajar ya? 

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.