Sebelum ini pernah dibahaskan mengenai laluan untuk golongan OKU, tetapi kurang mendengar untuk mereka yang mengalami OKU penglihatan (buta), biarpun seorang pengguna Twitter, Dr. Kamal Ariffin Nor Sadan pernah kongsikan mengenai info ini pada tahun 2018, tetapi ramai juga masih kurang peka, malah ada juga yang tak tahu.
Seringkali kita lihat laluan pejalan kaki mempunyai satu tiles berwarna kuning yang ada garisan tebal menimbul di sepanjang laluan itu, ramai yang tak ambil pusing mengenai hal ini, ada yang letak motosikal, ada yang buat tapak perniagaan dan ada juga yang letak pasu bunga di atas dan berhampiran kawasan tersebut.
Guidance Block
Walaupun ramai yang dah tahu, tapi bagi mereka yang masih belum alert, ini adalah laluan untuk orang buta. Ia akan menjadi panduan kepada golongan ini semasa berjalan menggunakan tongkat putih itu.
Tidak dinafikan dengan adanya tongkat putih itu, mereka boleh berjalan, tetapi dengan adanya laluan kuning/hitam yang dinamakan Guidance Block ini membuatkan mereka jadi yakin untuk berjalan. Bak kata Dr. Kamarul Ariffin, konsepnya seperti kita yang sedang memandu diatas jalan, pasti lebih yakin kalau line, tiada line masih boleh memandu tapi pasti akan melilau.
Terdapat 2 jenis yang kita selalau lihat iaitu, Block Indicates ‘Go’ & Block Indicates ‘Stop’. Boleh rujuk gambar dibawah.
Ada dua jenis guide block yang utama, iaitu directional(go) and barrier(stop). Rekaannya seperti yang ditunjukkan pada gamba rajah.
Directional untuk menuntun arah, manakala Barrier untuk memberi tahu dihadapan ada halangan (tangga, slope, lampu isyarat, pintu, tembok, dsb) pic.twitter.com/XvmDnoXQLP
— Kamarul Ariffin Nor Sadan (@dr_chaku) February 22, 2018
Biarpun perkara ini pernah dikongsikan beberapa tahun lepas dan ‘mendiam’, ia menjadi perhatian semula setelah seorang pengguna TikTok Nadiatul Farhana mula ‘bersuara’ mengenai hal ini.
Jadi masyarakat prihatin
Dalam video tersebut, dia kongsikan info mengenai laluan pejalan orang buta sambil menunjukkan golongan OKU itu sedang berjalan.
Dalam pada itu, Nadiatul turut berpesan kepada orang ramai supaya kita perlulah menjadi masyarakat prihatin supaya beri ‘ruang’ kepada golongan ini untuk memudahkan perjalanannya.
Ini kerana terdapat foto beberapa motosikal park di atas laluan itu dan ia pastinya akan menyukarkan perjalanan golongan ini.
@mrranggapnnadia Ayuh jadi masyarakat prihatin. Jangan halang laluan tactile ya dengan letak kenderaan / halangan atau berdiri di situ. Terima kasih ? #fyp #fypシ #berandafyp #MrRanggaPnNadia #awareness #raiseawarenessfortheblind
Video yang telah meraih 125K jumlah tontonan ini juga tular ke Twitter dan meraih lebih 1,540 jumlah retweets dalam masa sehari. Rata-rata netizen sokong bahawa ia perlu disebarkan dan ada juga yang baru tahu fungsi petunjuk itu.
Kalau tak tahu, sekarang dah tahu – Netizen
Jadi, harap dapatlah kita jadi prihatin, kalau lah ada orang halang kita tegur lah, tapi kalau tak berani kita bantu golongan itu untuk bagi dia elak halangan tu.