in

Netizen Suruh Wanita ‘Angkat Kaki’ Lepas Calon Mertua Tak ‘Appreciate’ Hadiah Mother’s Day, Siap ‘Upload’ Status!

calon mertua toksik 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Restu orang tua adalah salah satu perkara penting yang selalu dititikberatkan sebelum mana-mana pasangan kekasih mahu mendirikan rumah tangga. Tak dinafikan juga, nak dapat restu ni bukannya senang. Kalau siapa yang dapat bakal mertua baik tu silalah appreciate!

Suara.com melaporkan, di negara jiran, Indonesia, seorang wanita juga berusaha untuk mengambil hati ibu kepada kekasihnya dengan membelikannya hadiah untuk Hari Ibu.


Walau bagaimanapun, bukan ucapan terima kasih yang diterima wanita ini sebab ibu kekasihnya ada memuat naik status di WhatsApp yang memang bikin sentap.

calon mertua toksik e1640498112973

Menerusi kisah yang dikongsikan di laman sosial TikTok, seorang wanita berkongsikan kisah rakan baiknya yang menghadiahkan beg tangan dan sejambak bunga buat calon ibu mertuanya pada Hari Ibu.

Jelas wanita terbabit, rakannya pada mulanya rasa gembira kerana ibu kekasihnya menerima hadiah terbabit. Pun begitu, sejurus pulang, rakannya perasan ibu kekasihnya ada memuatnaik status di WhatsApp yang memberikan komentar kurang disenangi mengenai hadiah yang baru sahaja diterimanya itu.

calon mertua toksik 1 e1640498207904

“Aku tidak suka hadiah-hadiah seperti ini… bukan budayanya,” tulis ibu kekasih wanita itu.

“Macam mana nak nasihatkan kawan ni bagi dia sedar?”

Menerusi kapsyen yang disertakan bersama video berkenaan, wanita terbabit meminta pertolongan warganet bagaimana cara untuk menasihati rakannya kerana dia sudah jemu menasihatinya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengguna laman sosial mencadangkan agar wanita itu menasihati rakannya supaya menamatkan saja hubungan dia dan kekasihnya dan menjauhkan diri daripada calon ibu mertua yang disifatkan toksik.

Berikut merupakan antara komentar netizen:

“Barang aja nggak dihargai apalagi kamu, run bestie run.”

“Putus aja. Baru pacaran udah begitu gimana kalau kamu nikah sama anaknya. Mungkin makin nggak dihargai.”

“Masih sempat lari mbak, hidup selepas bernikah itu rumit kalau mertua udah nggak suka gitu. Nanti ada aja yang salah.”

“Mundur aja. Nanti kamu bakalan dipertemukan dengan yang lebih baik dan yang terima kamu seadanya. Percayalah.”

Sumber: Suara.com

Baca: Pengantin Lelaki Dipukul Dengan Selipar Oleh Ibu Sendiri, Didakwa Sebab Tak Restu Perkahwinan

f nikah 1 e1640497254783

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.