in

Netizen Seram Tengok Kaki Wanita Ini, Taksub Nak Kulit Putih Akibatnya…

Kaki 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Keinginan berkulit cerah sentiasa menjadi kegilaan bagi sesetengah wanita sejak dulu lagi. Ada yang sanggup menghabiskan wang semata-mata untuk kelihatan cerah kerana mereka berpendapat orang yang berkulit seperti ini nampak menarik.

Kebanyakan produk viral pada masa ini lebih fokus memutihkan kulit sehingga ada produk yang dicampurkan bahan merkuri demi perubahan drastik pada kulit pemakai.


Artikel berkaitan: Taksub Nak Kulit Putih, Gadis Kini Terlantar Organ Rosak Gara-gara Buat ‘Whitening Drip’ Sendiri

Artikel berkaitan: “Bila nak haramkan produk timbang kilo ni?”-Mengandungi Merkuri, Ini Tiga Produk Kosmetik Yang ‘Diharamkan’ Oleh KKM

Semalam viral di platform X, seorang pengguna telah berkongsi satu video pendek yang diambil dari TikTok. Video itu memaparkan seorang wanita membalas komen salah seorang pengguna TikTok yang lain dengan mempromosi produk serum yang dijualnya.

Apa yang ‘seram’ dalam video ini adalah wanita tersebut menunjukkan menunjukkan keadaan kakinya yang sangat putih sehingga menampakkan urat hijau dan ungu. Wanita itu berkata, bahagian gelap di badannya semakin berkurang selepas dia menggunakan serum ini.

Serum yang kerap dipakai itu dikatakan mampu mencerahkan kulit termasuklah di celah-celah badan yang gelap seperti buku lali, pelipat jari dan celah siku. Selain itu, wanita tersebut juga ‘merayu’ orang lain yang menghadapi masalah tersebut untuk mencuba produk ini.

Seramnya….

Perkongsian itu telah mendapat pelbagai reaksi netizen. Kebanyakan daripada mereka takut dengan perubahan warna kulit yang terlalu putih ini sampai boleh nampak urat berwarna ungu dan hijau!

Kaki 2 1

Kaki 3

Ada segelintir yang berkata produk tersebut mempunyai ‘racun’ sampai boleh menghakis kulit sehingga nipis.

Kaki 1

Seram jugak tengok kaki sampai macam tu!

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.