Temasya sukan rantau Asia Tenggara, Sukan SEA sedang berlangsung di Hanoi, Vietnam. Selepas ditunda beberapa kali akibat pandemik Covid-19 yang melanda dunia, temasya sukan itu sedang berlangsung ketika ini untuk Edisi ke-31.
Terkini dan tular di media sosial berkenaan Sukan SEA adalah acara silat yang cukup sinonim dengan penduduk rantau Asia Tenggara. Dalam satu perlawanan silat antara pesilat wanita negara dan Indonesia, satu kejadian tudung tercabut telah berlaku. Namun tindakan pantas pesilat negara untuk menutup aurat lawannya telah menerima pujian netizen. Korang boleh tengok video kejadian tu yang dimuatnaik oleh @IniAlalalannn di bawah.
Pesilat dari Malaysia tolong cover rambut Selly Andriani pesilat dari Indonesia yang secara tak sengaja tertanggal sewaktu match. Tak sampai sesaat rasanya dia terus capai tudung tu dan terus laju tolong cover. Respect! #SeaGamesVietnam #SEAGames2021 pic.twitter.com/vvDcxHRAgy
— ALAN (@IniAlalalannn) May 14, 2022
Respek!
Rata-rata netizen memuji tindakan pantas pesilat negara, Siti Shazwana Ajak yang cepat bantu cover aurat lawannya yang mewakili Indonesia, Selly Adriani. Time tengah lawan pun sempat fikir aurat lawan lagi ye, hebat betul!
Boleh jadi juara sebenar sebab tindakan pantas pesilat negara kita berjaya cover aurat lawan dia. Orang yang ada ilmu silat ni memang pantas dan tangkas.
Betul, min pun respek dengan pesilat negara kita ni. Lepas tercabut tu, terus dia peluk untuk cover rambut lawan dia. Tabik spring min bagi satu untuk Siti Shazwana.
Kena bagi kredit juga dekat yang edit video. Sempat dia blurkan moment tudung tercabut tu sebelum upload ke media sosial.
Kalau dah nak tercabut tu, tercabut lah jugak kan. Nama pun dah tak sengaja buat. Yang penting ada usaha.
Untuk rekod, Siti Shazwana telah memenangi pusingan tersebut dan layak ke peringkat seterusnya.
Baca: “Seronok tengok” – [VIDEO] Pengantin Perempuan Silat Di Majlis Sendiri Curi Perhatian Orang Ramai