Sifat pemurah oleh rakyat Malaysia ini telah biasa kita dengar di media sosial apabila ada beberapa pengguna yang berkongsi pengalaman ataupun situasi mereka dalam melakukan sedekah atau membantu orang dalam kesusahan.
Perkara ini sebenarnya tidak boleh dilabel sebagai menunjuk-nunjuk dan masyarakat seharusnya menjadikan ia sebagai satu inspirasi untuk memperbaiki diri supaya menjadi yang lebih baik.
Seperti yang tular baru-baru ini di media sosial, seorang lelaki yang telah bertindak dengan berkongsi rezeki di sebuah pandu lalu restoran makanan segera.
Lelaki kongsi rezeki, belanja kereta belakang dekat McDonalds
Video berdurasi 36 saat itu telah dikongsikan di laman TikTok Qush yang memaparkan situasinya yang memesan minuman di sebuah pandu lalu McDonalds dan sekaligus bertindak untuk berkongsi rezeki dengan belanja dua kereta di belakangnya.
https://www.tiktok.com/@qushayry11/video/7132365717533445403?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1&item_id=7132365717533445403&refer=embed&referer_url=https%3A%2F%2Fhimpunanceritalawak.com%2F&referer_url=https%3A%2F%2Fhimpunanceritalawak.com%2F2022%2F08%2F18%2Fbelanja-kereta-belakang-masa-drive-thru-abang-qush-dipuji%2F%3Ffbclid%3DIwAR1i4d3JFv9U_QtWyHsmzPgvMLK_NcjKx_vz3wOXUPcyKpqMp56t-FLkPXU&referer_video_id=7132365717533445403
“Saya nak bayar untuk dua kereta belakang.”
Apa yang lebih menarik perhatian penonton apabila dia asalnya tidak kisahpun berapa jumlah harga makanan yang dipesan oleh dua kereta belakang tersebut dengan tidak bertanya kepada juruwang. Juruwang pula yang kena tanya sebagai confirmation wow!
Menerusi video tersebut, lelaki tersebut dilihat memberi tips kepada juruwang tersebut sebagai perkongsian rezeki. Memang salute la dengan abang ni!
“Terima kasih bang eh.”
Netizen terharu, ada yang teringin juga buat sedemikian
Video itu juga telah meraih lebih 1.5 juta tontonan dan 113 ribu sukaan dan raih pelbagai reaksi positif daripada netizen. Rata-rata daripada mereka ada yang gembira melihat tindakan tersebut dan mendoakan kesejahteraan lelaki itu.
Sikapnya yang merendah diri tidak memberitahu jumlah sebenar yang dibayar telah menarik perhatian netizen untuk menjadikan lelaki tersebut sebagi sumber inspirasi.
Wah min pun teringin nak buat macamni tapi tulah belum kesampaian lagi. Semoga kita peroleh rezeki yang banyak dan boleh ikut apa yang abang ni buat. Semoga murah rezeki abang!
Baca: “Bukan saya” – Sultan Pemurah Muncul Di Live TikTok Kacak Bagi Hadiah ‘Singa’