Macam yang korang tahu, ada sesetengah platform media sosial yang menghadkan content berkaitan dengan Palestin. Namun sejak peperangan antara Palestin dan Israel awal bulan lalu tercetus, banyak kandungan pro-Palestin disekat contohnya di media sosial Facebook dan Instagram.
Namun begitu, berita baik buat penyokong Palestin kerana Ketua Pegawai Eksekutif Telegram, Pavel Durov mengatakan aplikasi tersebut tidak akan menyekat apa-apa hantaran mengenai Palestin.

Menurut NDTV World, Pavel Durov menjelaskan bahawa pihak Telegeram akan menggunakan moderator dan teknologi AI untuk mengeluarkan berjuta-juta kandungan yang berbahaya daripada platform tersebut pada setiap hari. Tetapi, kandungan tentang peperangan sangat jarang dijumpai.
CEO Telegram tak sekat content pro-Palestin
Bercakap tentang serangan Hamas kepada Israel, Pavel Durov berkata sebelum ini Hamas menggunakan Telegram untuk memberi amaran kepada orang awam di Ashkelon supaya meninggalkan kawasan tersebut.
Awal minggu ini, Hamas menggunakan Telegram untuk memberi amaran kepada orang awam di Ashkelon supaya meninggalkan kawasan itu sebelum serangan peluru berpandu mereka.
Adakah menutup saluran mereka akan membantu menyelamatkan nyawa atau adakah ia akan membahayakan lebih banyak nyawa?
Pavel menambah, Telegram dijadikan tempat untuk orang awam menyalurkan pelbagai maklumat dan hanya untuk rujukan pihak tertentu. Bukan semata-mata tempat untuk menyebarkan propaganda.
Artikel berkaitan: “Selang-seli posting” – Hazeman Kongsi 6 Tips Elak Kena ‘Shadow-ban’ Bila ‘Post’ Tentang Palestin
Artikel berkaitan: Ini Sejarah Kenapa Buah Tembikai Jadi Simbol Solidariti Palestin
Telegram sebagai sumber maklumat langsung
Ujar Pavel, Telegram adalah saluran umum untuk kegunaan orang awam mendapatkan maklumat. Oleh itu, ia tidak dapat menguatkan propaganda secara ketara.
Bukan seperti media sosial lain yang mempromosikan kandungan mengejut secara algoritma kepada orang ramai, sebaliknya pengguna-penggna di channel Telegram hanya akan menerima kandungan yang mereka langgan.
Oleh itu, tidak mungkin aplikasi ini boleh menguatkan propaganda tetapi sebagai sumber maklumat langsung untuk penyelidik, wartawan dan pemeriksa fakta.
Namun begitu, ramai netizen terutamanya di X memuji CEO Telegram ini kerana memberi ruang penyebaran maklumat berkaitan dengan Palestin.

Thank you CEO Telegram!
Sumber: NDTV World, X
