Umum mengetahui konflik yang sedang melanda di Eropah, antara Rusia dan negara jirannya, Ukraine. Banyak pihak yang sama-sama menzahirkan solidariti dan sokongan kepada rakyat Ukraine.
Namun, ada beberapa tempat dan platform yang seakan tidak sesuai dalam memberikan sokongan kepada mangsa konflik dua negara itu. Liga bola sepak Jerman, Bundesliga, baru-baru ini memuat naik logo rasmi liga utama negara itu dengan berlatar belakangkan bendera Ukraine sebagai tanda solidariti dan menolak perperangan.
Perkara itu bagaimanapun menimbulkan rasa tidak senang dalam kalangan peminat bola sepak yang mahu konflik kemanusiaan yang berpunca dari politik sepatutnya tidak dimasukkan ke dalam bola sepak. Perkara itu turut dizahirkan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada gambar yang dimuatnaik @bundesliga di Instagram. Korang boleh tengok komen TMJ kat bawah ni.
Setakat artikel ini ditulis, komen dari pemilik kelab bola sepak Johor Darul Takzim itu masih wujud. Komen dari TMJ itu bagaimanapun tidak boleh dilihat semua. Tinjauan di media sosial mendapati, komen itu hanya boleh dilihat sekiranya kita follow TMJ di Instagram.
Apa kata anda dengan komen pedas dari TMJ ini? Kalau tengok di Twitter, ramai yang menyokong komen TMJ ni.
Yang ni min setuju. Ozil dulu sampai kena banned sebab buka mulut isu bangsa Uyghur di China. Nampak gaya badan bola sepak dunia tak konsisten dalam hal ini.
Kena ada jugak sorang yang berani cakap macam ni. Kita memang boleh cakap, tapi bila ada sorang yang berpengaruh macam TMJ ni suarakan, lagi ramai oleh boleh nampak.
Tak delete. Kena follow TMJ baru boleh nampak komen tu. Kena scroll jauh sikit sebab Bundesliga ni rajin upload gambar kat Instagram.
Baca: “Buat masa ini saya tiada masa layan orang gila atau benda gila” – TMJ