Semalam, pelawak Shuib bersama seorang lagi pengarah syarikat Bubblebee Sdn Bhd dikenakan denda sebanyak RM17,500 atas tujuh pertuduhan, termasuk tunggakan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) tahun lalu.
Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad yang kini giat mengendalikan video podcast atau audio siar telah ditanya seorang pengguna media sosial untuk membincangkan topik yang sedang hangat ketika ini.
Individu terbabit meninggalkan komen di sebuah hantaran Instagram yang dimuat naik oleh Shuib.
Artikel berkaitan: Gagal Bayar Caruman PERKESO Pekerja, Shuib & Pengarah Bubblebee Didenda RM17,500
Artikel berkaitan: “Berjaya capai perjanjian penyelesaian” – Shuib Jawab Tohmahan Netizen Isu Tak Bayar KWSP Pekerja
“Salam. Nanti next topic boleh bincang pasal tak bayar PERKESO tak? Nak dengar jugak,” tulisnya sambil meletakkan emoji ketawa.
Lantaran itu, Shuib dilihat membalas komen tersebut dengan berkata, idea yang dicadangkan itu sangat menarik dan boleh dipertimbangkan.
Shuib anggap denda sebagai ujian
Sementara itu, pelawak tersebut menyifatkan tindakan denda RM17,500 yang dikenakan ke atas syarikatnya sebagai ujian dalam perniagaan.
Katanya, dengan apa yang sudah berlaku itu membuatkan dia bersedia memperbaiki mana yang kurang dalam perniagaannya.
Dalam pada itu, dia mengakui berita yang dilaporkan itu sedikit sebanyak telah mencalar jenama Bubblebee.
Sumber: Instagram, Harian Metro