in

Netizen Mentertawakan Lelaki Guna Lastik Sebagai Senjata Untuk Merompak di Tanjung Malim

Lastik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Netizen Mentertawakan Lelaki Guna Lastik Sebagai Senjata Untuk Merompak di Tanjung Malim
Loading
/

Semalam, sebuah rakaman CCTV cubaan merompak yang dimuat naik We Are Malaysians di Facebook mendapat perhatian netizen kerana pilihan senjata yang digunakan perompak itu sangat tidak disangka-sangka.

Kejadian itu dipercayai berlaku di 7 Eleven cawangan Taman Bahtera, Tanjung Malim di Perak.


Melalui rakaman CCTV itu, seorang lelaki memakai jaket dilihat menuju ke arah kaunter bayaran dan berpura-pura mahu membuat bayaran. Selepas meletakkan kesemua barang di atas meja kaunter, dia menoleh ke belakang untuk mengambil beberapa barang lain.

Lastik1
sumber: facebook

Ketika juruwang perempuan itu sedang mengimbas harga barangan, perompak itu kelihatan cemas dan seperti tidak keruan.

Kemudian, dia menyeluk poket jaket yang dipakai untuk mengeluarkan lastik. Dia guna lastik rompak kedai?!

Lastik2
sumber: facebook

Jelas terlihat bahawa juruwang itu tidak menyedari tindakan perompak berkenaan kerana sedang fokus untuk menyelesaikan pembayaran. Dalam diam, perompak itu meletakkan sesuatu pada lastik itu dan menunggu peluang untuk menyerang gadis berkenaan.

Tiba-tiba, lelaki itu menarik lastik dan ‘tembak’ ke arah badan gadis berkenaan dengan jarak yang sangat dekat. Mesti sakit perempuan tu…

Lastik3
sumber: facebook

Terkejut dengan apa yang berlaku, dalam keadaan terpinga-pinga wanita itu terus memegang perutnya kerana kesakitan. Kena dekat perut kot, mestilah sakit. Jarak dekat pulak tu!

Lastik4
sumber: facebook

Tanpa melengahkan masa, perompak itu mengambil kesemua barang di atas kaunter dan sumbat ke dalam jaket. Satu suara boleh didengari dipercayai gadis berkenaan berkata,

“Dia ambil air ‘Malta’ dan sosej”

Selepas mengambil kesemua barang itu, perompak berkenaan terus bergerak menuju ke belakang kaunter dan mengambil semua wang di dalam mesin tunai tersebut.

Lastik5
sumber: facebook

Bukan itu sahaja, dia kemudian menoleh ke belakang dan mengambil beberapa kotak rokok sebelum lari sekuat hati meninggalkan kedai itu.

Lastik6
sumber: facebook

Netizen yang menonton rakaman CCTV tersebut rata-rata mentertawakan lelaki itu yang menggunakan lastik sebagai senjata untuk merompak. Tapi lastik pun sakit gak kalau betul-betul kena woooo…

Bayangkan kalau lelaki itu guna parang atau alat besi, entah apa terjadi pada gadis tersebut. Tapi…lastik?! Hurrmmmm

Tonton video di bawah ini:

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.