Beberapa hari lepas, kecoh pasal Ustaz Dr. Fadi yang mahir membuat roket, mati ditembak sewaktu perjalanan ke surau. Dalam ramai-ramai yang sedih dan simpati dengan nasib yang menimpa arwah, tiba-tiba ada individu sanggup keluarkan kata-kata tak elok pasal pensyarah UniKL BMI ni.
Semalam heboh kat Twitter bila ada seorang wanita bernama Zulaiha ni buat kenyataan yang sangat tak sedap didengar pasal Dr Fadi.
Tuduh arwah ada agenda tertentu
Dalam entri di laman sosial yang dimuat naik, wanita tu menulis bahawa dia baru je tahu pasal the fact that Dr. Fadi ni pakar pembuat bom. So disebabkan tu wanita ni menyatakan yang memang tak hairan la kalau ada orang yang tahu mahu Dr. Fadi hidup.
Wanita ni juga tak pasal-pasal tiba-tiba tuduh arwah ada agenda tertentu sebab dah nak dekat-dekat pilihan raya ni.
Netizen mengamuk, tuduh Zulaiha nak populariti
Disebabkan entri berbaur fitnah ditujukan kepada arwah Dr. Fadi yang baru sahaja meninggal dunia, ramai tak puas hati dan mengamuk di Twitter Zulaiha. Mereka tak sangka yang wanita ni tergamak cakap macam tu kat arwah.
Kelakuan wanita ni menyebabkan ramai fikir yang Zulaiha sengaja nak raih populariti murahan dan saja nak tunjuk kebodohan diri sendiri. Tapi difahamkan wanita tu dah padam status yang dimuat naik dan dah private kan akaun dia. Cara dia jawab komen orang ramai pun kasar semacam je.
Zulaiha tak terkesan kena kecam
Walaupun dah kena hentam teruk dengan netizen, Zulaiha nampak macam tak hirau pun dengan kecaman orang ramai dan siap suruh semua stop membawang pasal dia. Katanya dia tak kisah langsung apa orang nak cakap sebab dia dah biasa dikecam.
Disebabkan tu, ramai yang minta pihak berkuasa ambil tindakan kat wanita ni sebab kenyataan biadap yang dimuat naik.
Orang tu baru je meninggal, tiba-tiba dia muat naik status macam ni. Dapatkan maklumat yang betul dulu baru sebar. Jagalah lah sikit sensitiviti, nanti apa pulak keluarga dia rasa kalau baca…
Baca: 5 Fakta Korang Kena Tahu Tentang Ustaz Fadi Yang Ditembak Mati di KL!