Kerajaan Malaysia menerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) semalam telah bersetuju untuk menjalankan total lockdown fasa pertama seluruh negara dan akan berkuatkuasa mulai 1 Jun 2021 sehingga 14 Jun 2021.
Keputusan itu diambil selepas Malaysia mencatatkan rekod bilangan kes harian Covid-19 tertinggi sepanjang pandemik ini iaitu 8,290 kes. Total Lockdown Fasa 1 ini melibatkan semua sektor sosial dan ekonomi dan akan diperincikan MKN dalam masa terdekat.
Seakan kebetulan dengan pengumuman semalam, trafik keluar dari ibu kota sesak. Menurut laporan @AfiezyAzaman, sehingga artikel ini ditulis, kesesakan sepanjang 1 kilometer berlaku di Plaza Tol Gombak yang menghubungkan ibu negara dengan Pantai Timur tanah air. Pihak polis sedang melakukan siasatan samada kesesakan ini berpunca daripada orang ramai pulang ke kampung selepas pengumuman total lockdown semalam.
Reaksi netizen
Rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati ke atas tindakan segelintir rakyat yang mengambil keputusan untuk merentas negeri pulang ke kampung. Mana tidaknya, bilangan kes Covid-19 semakin meningkat, lepas tu ada kluster balik kampung pulak kan.
Kita sebagai rakyat yang patuh dengan arahan sepatutnya duduk rumah bagi memutuskan rantaian Covid-19 ni. Kalau nak balik sebab lockdown, siapa yang gagal sebenarnya ni?
Min pun harap macam tu. Minta-minta lah takde kawan min yang terlibat dan sangkut dalam jem tu. Hanya perantau je yang faham perasaan perantau yang dah lama tak balik kampung.
Min harap pihak polis yang melakukan siasatan mengambil tindakan tegas kepada orang yang balik kampung ni. Kesian kat frontliners terpaksa hadap kes beribu-ribu setiap hari.
Ada baiknya kita belajar dari kes-kes kematian yang berlaku sebab Covid-19 ni. Banyak yang min nampak orang hilang parents sebab balik kampung tak sedar bawa virus. Minta jauh lah benda-benda macam tu.
Tolonglah jangan pentingkan diri nak balik kampung. Orang lain boleh je duduk kat rumah tak balik kampung. Kalau macam ni, sampai bila kita nak duduk dalam keadaan pandemik ni.
Tolonglah, masing-masing kena main peranan. Jangan pentingkan diri, please!
Baca: TERKINI : Perdana Menteri Umum Total Lockdown Seluruh Negara Berkuatkuasa 1 Jun Ini