in

Netizen Kecewa Tasik Chini Tidak Lagi Jadi Pilihan UNESCO Sebagai Rizab Biosfera

Lol

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tasik Chini sering menjadi bualan ramai orang di media sosial sejak dahulu lagi akibat berlakunya banyak pencemaran dan aktiviti-aktiviti yang mampu memusnahkan khazanah negara tersebut telah berlaku di sana.

Tasik ini sangat terkenal dengan kisah lagenda seekor naga yang telah mendiami kawasan tersebut dan turut menjadi sebahagian daripada kawasan tarikan pelancong.


Tidak lagi menepati kriteria UNESCO

Namun, sedih untuk kita dengar bahawa baru-baru ini sebuah organisasi antarabangsa, UNESCO telah mengumumkan mengenai penarikan status Tasik Chini sebagai Rizab Biosfera.

Menurut Malaysiakini, tasik itu tidak lagi memenuhi kriteria untuk menjadi sebahagian daripada Rangkaian Rizab Biosfera Dunia.

Kalau korang nak tahu, Rizab Biosfera adalah kawasan yang telah dikenal pasti oleh UNESCO untuk membantu mempromosikan pemuliharaan mereka dan penggunaan lestari.

Tasik Chini awalnya telah menjadi pilihan untuk dijalankan penyelidikan kerana keunikan tasik tersebut dikelilingi pelbagai alam semulajadi.

Fyz V25Uuaam4N9

Pencemaran dan aktiviti perlombongan menjadi punca utama?

Perkara ini turut melaporkan bahawa terdapat banyak faktor utama yang menyebabkan kriteria tidak menjadi sesuai.

“Kawasan hutan yang baru dibersihkan dengan penukaran tanah yang insentif berlaku selain mengesan pembukaan semula lombong lama di lokasi sekitarnya.”

Beberapa bekas tapak perlombongan di kawasan titik kecerenunan tinggi telah dibuka semula yang jelas memberi kesan buruk kepada alam sekitar seperti pencemaran air dan pemendapan.

Penukaran guna tanah daripada ladang getah dan kawasan hutan kepada ladang kelapa sawit juga menjadi punca utama penarikan kepada status tersebut.

220219Isu Bhfield Image Listing Featured.var 1550804425

Dapat hentaman daripada netizen aktivis alam sekitar!

Rata-rata ramai pengguna media sosial yang meluahkan rasa kecewa dan tidak puas hati kepada pihak bertanggungjawab kerana meremehkan khazanah yang sepatutnya dijaga dengan baik dan akhirnya terlepas peluang untuk menjadi status yang dianggap berharga untuk Tasik Chini.

Screenshot 2022 07 25 At 10.40.22 Am

Screenshot 2022 07 25 At 10.40.42 Am

Screenshot 2022 07 25 At 10.42.10 Am

Sebelum ini, UNESCO berhasrat untuk menjadikan Tasik Chini sebagai Rizab Biosfera dan akan menjalankan penyelidikan dan penelitian mengikut standard yang ditetapkan setiap 10 tahun.

Apa pandangan korang?

Baca: 3 Makhluk Lagenda Ini Masih Tidak Pasti Kesahihan Kewujudannya & Menjadi Tanda Tanya

Screenshot 2022 07 25 At 10.52.13 Am

 

 

Sumber: Twitter
Sumber: Portal
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.