Selalunya seseorang itu akan bersedih sampai menangis selepas menjadi mangsa ragut dan ada juga yang terlalu marah sampai tak tahu nak buat apa. Yelah kan, barang berharga yang hilang dan jumlahnya kadang-kadang bukan sikit.
Tapi, kali ni min nak kongsikan kisah seorang makcik ini yang ada reaksi luar jangkaan walaupun baru je jadi mangsa ragut. Tidak menangis ataupun terdiam seribu bahasa, wanita ini malah ketawa terbahak-bahak. Kalau korang nak tahu, makcik ni bukan ketawa sebab dia terlalu terkejut tau, tapi…
Mula dikongsikan di laman sosial TikTok, video terbabit yang difahamkan berasal dari negara jiran, Indonesia, sudah meraih lebih tiga juta tontonan (setakat artikel ini ditulis) dan ribuan komentar daripada pengguna media sosial lain.
Video pendek terbabit memaparkan seorang wanita bertudung yang ketawa terbahak-bahak sehingga susah untuk dia bercakap. Menerusi kapsyen video terbabit, wanita itu dikatakan baru sahaja menjadi mangsa ragut.
Korang boleh tengok video tu kat bawah
@f3c43
Bukan barang berharga yang diragut pencuri tapi…
Siasat punya siasat, ternyata wanita yang tidak didedahkan identitinya itu ketawa terbahak-bahak kerana mengenangkan peragut yang meragut beg tangannya kerana di dalam itu langsung tak mempunyai apa-apa barang berharga tetapi hanyalah nasi bungkus dan seluar dalam.
Meninjau di ruangan komen, ternyata rata-rata pengguna media sosial terhibur dengan terlatah makcik ini. Ada juga yang sempat berkongsi pengalaman mereka sendiri diragut tapi bukan barangan berharga yang dicuri.
“Pertama kali ni mangsa ragut ketawa lepas diragut,” tulis netizen.
“Saya dulu pun pernah kena ragut macam ni. Mula-mula nak kejar tapi bila terfikir balik, isi beg tu cuma nasi dan ubat panadol,” kongsi pengguna lain.
“Konfius nak kesiankan ke atau nak join ketawa sekali,” kata yang lain pula.
Sumber: TikTok @f3c43, Rancah Post