in

Netizen Di China Dakwa Michelle Yeoh Dari Negara Mereka Lepas Menang Oscar

ft michelle yeoh china

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kemenangan Tan Sri Michelle Yeoh telah membuat ramai rakyat Malaysia bangga dan tumpang gembira dengan pencapaiannya. Bagaimanapun, wujud pula claim daripada rakyat dari negara China.

Berbalik pada Januari lepas, ada seorang ahli politik Hong Kong memanggil Michelle Yeoh sebagai pelakon Hong Kong, bagaimanapun pelakon dari negara tersebut Chapman To dengan pantas menepis  ahli politik itu dengan berkata bahawa Michelle Yeoh adalah rakyat Malaysia.


Walaubagaimanapun, kini ada beberapa netizen di China “mendakwa” bahawa Michelle Yeoh berasal dari negara mereka.

Screenshot 2023 03 14 182925

Menurut UDN.com, tidak lama selepas berita mengenai kemenangan Michelle dalam Oscar, beberapa netizen cepat “menuntut” Michelle Yeoh sebagai sebahagian daripada mereka.

Salah satu komen mengucapkan tahniah kepada Michelle kerana memenangi Oscar dan menjadi pelakon pertama dari China yang melakukannya.

Walaubagaimanapun, portal HK01 pula melaporkan ada beberapa netizen dari China turut mengingatkan yang lain bahawa Michelle Yeoh bukan berasal dari China tetapi dari Malaysia, lapor WORLD OF BUZZ.

Semalam, tidak lama selepas Chapman To “mengingatkan” kerajaannya tentang kesilapan masa lalu mereka dalam menangani Michelle Yeoh, Setiausaha Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan Hong Kong, Kevin Yeung, mengucapkan tahniah kepada aktres kelahiran Ipoh itu atas kejayaan besarnya dalam Oscar dan berkata bahawa dia berhak mendapat kemenangan tersebut.

Screenshot 2023 03 14 182952

“Kejayaannya telah menunjukkan kekuatan pelakon, serta industri hiburan di Hong Kong. Michelle pernah membintangi banyak filem terbitan Hong Kong pada masa lalu.”

Sebagai rujukan, Michelle Yeoh telah memenangi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik untuk memainkan watak sebagai Evelyn, seorang pendatang Cina-Amerika dalam filem Everything Everywhere all at Once.

Filem itu sendiri telah memenangi sejumlah 7 kategori dalam Oscar, ia sekali gus melakar sejarah Anugerah Akademi ke-95  itu sebagai malam yang penting bagi ramai pelakon Asia dalam industri Hollywood.

Baca : [VIDEO] Sebaik Menang Oscars, Michelle Yeoh Terus Hubungi Mak Di KL

tan sri michelle yeoh menang oscar telefon mak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.