in

Netizen Bengang Wanita Cina Selamba Bawa Anjing Pergi Kedai Makan Halal Dekat Temerloh

Bawa Anjing

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu bawa anjing ke tempat awam memang sangat sensitif sebenarnya, terutama di kawasan awam seperti tempat makan atau pasar raya. Bukan tak pernah jadi, sebelum ni juga ramai netizen pertikaikan kaum lain bawa anjing peliharaan ke pasar raya dan letakkan dalam troli. Lagi teruk bila anjing tu kencing atau berak.

Terbaru, seorang wanita Cina dikritik sebab bawa anjing peliharaan dia ke kedai makan Melayu yang terletak dekat Temerloh.


Anjing 1
sumber: facebook

Seorang lelaki, dipercayai pemilik kedai makan tu ada muat naik gambar di Facebook dan complain pasal sikap wanita tersebut. Kejadian tu berlaku pada 6 November lepas kira-kira pukul 5.42 petang.

Katanya, dia ternampak seorang pelanggan bawa anjing dan letakkan di bahu. Pada mulanya dia sangka ia adalah soft toy tapi bila datang dekat baru dia perasan yang itu adalah anjing betul.

Kita suruh dia jauh dengan makanan tapi dia buat-buat tak faham macam tak tahu cakap Melayu… (Tapi) bila dia nak bayar kita cakap RM17 dia tahu pula cakap.”

Anjing 2
sumber: facebook

Difahamkan, dua lelaki dalam gambar tu tengah cuba berunding dan minta wanita berbaju putih tersebut untuk jauhkan anjing dia daripada makanan memandangkan kedai tu halal dan kebanyakan pelanggan mereka adalah Melayu.

Kalau ikutkan posting tersebut, katanya ada pelanggan lain yang marah dan berasa tidak selesa dengan kehadiran wanita itu bersama anjing dia.

“Sepatutnya dia kena faham. Inikan Malaysia, ada adab, ada berbagai bangsa dan agama. Jadi, kena hormat sesama agama.”

Netizen yang nampak gambar dari posting tu rata-rata turut marah dan berkata yang wanita tersebut sepatutnya sensitif dengan perkara sebegini. Tapi ada juga komen seorang netizen yang menegur agar lelaki tu gunakan bahasa yang lebih elok walaupun wanita cina itu yang salah.

Komen Tegur
sumber: facebook

Ada juga yang agak terasa memandangkan dia sentuh isu bangsa kerana menurut mereka tidak semua orang Cina berperangai sebegitu. Betul juga tu…

Baca: Netizen Marah Keluarga Bawa Anjing Dalam Troli Pasar Raya, Biarkan Air Kencing Atas Lantai

Z 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.