Sejak akhir-akhir ini, kerap kali kita dengar mengenai keburukan permainan lato-lato yang sangat digemari oleh golongan kanak-kanak.
Selain mendatangkan pencemaran bunyi, lato-lato juga pernah mengakibatkan kecederaan kepada pemainnya dan yang terbaru, ada seorang individu meluahkan rasa kecewa apabila televisyen miliknya rosak akibat permainan tersebut.
“Disebabkan lato-lato RM5, rosak TV RM3K”
Menerusi posting yang dikongsikan di Twitter, individu ini meluahkan rasa kesal apabila skrin televisyen yang bernilai RM3,000 pecah gara-gara terkena ‘libasan’ lato-lato.
Disebabkan lato-lato RM5, rosak TV RM3K ? Menangis weh nak repair, nak selamat korang yg ada anak tengah melasak tu pakai la screen protector TV. Jimat duit nak merepair ? pic.twitter.com/G4SNIdqAd8
— ???????? (@erzxzh) February 13, 2023
Menurutnya, lebih baik jika ibu bapa yang mempunyai anak yang aktif untuk ‘invest’ sedikit wang membeli screen protector untuk televisyen bagi mengelakkan kejadian tak diingini seperti ini berlaku.
Menangis weh nak repair, nak selamat korang yang ada anak tengah melasak tu pakai la screen protector TV. Jimat duit nak merepair,” katanya.
Jangan bawa lato-lato pergi beraya – Netizen
Posting di atas ternyata membuatkan rata-rata netizen tidak senang duduk dan ada di antaranya juga bimbang jika kanak-kanak membawa mainan tersebut bila beraya di rumah mereka nanti.
Sebaiknya mak dan ayah laranglah anak tu main lato-lato kalau datang ke rumah orang. Kalau anak kecil lagi, elakkanlah main benda tak berfaedah ni.
Baca: Bising Bunyi Kuat Masa Akad Nikah, Tok Kadi ‘Sound’ Budak Main Lato-lato