Tidak dinafikan, Malaysia antara negara yang sering menjadi pilihan kebanyakan pengembara sebagai destinasi pelancongan.
Namun, kedatangan pelancong terutama yang jenis ‘backpacker’ dilihat semakin melampau apabila golongan ini dengan selambanya mengemis kepada rakyat tempatan untuk membantu membiayai perjalanan mereka.
Walaupun isu ini sudah bertahun dibangkitkan, tetapi sehingga sekarang golongan pelancong ini masih lagi melakukan tindakan sebegini.
Artikel berkaitan: “Selalu nampak dengan anjing dia” – Buat ‘Onar’ Di Tengah Jalan Raya, Minah Salleh Ditahan Orang Awam
Artikel berkaitan: “Nak melancong tapi takde duit” – Netizen Kecam Pelancong Rusia ‘Mengemis’ Di Sarawak
Pelancong mengemis di R&R
Baru-baru ini, seorang pengguna media sosial memuat naik hantaran mengenai seorang pelancong lelaki dari luar negara sedang meminta sedekah di R&R Ulu Bernam, Tanjung Malim Arah Selatan.
Menerusi hantaran gambar itu, pelancong terbabit dilihat duduk di lantai bersebelahan sebuah gerai di R&R tersebut.
Terdapat sekeping kadbod dengan nota yang ditulis oleh pelancong berkenaan yang mendakwa dia telah mengembara selama sembilan tahun dan rindukan kampung halamannya.
“Hai, saya telah mengembara selama 9 tahun. Saya sangat rindu rumah. Tolong bantu saya mengumpul wang untuk tiket dan makanan,” tulisnya.
Tindakan pelancong itu telah membuatkan pengguna akaun itu berasa kurang senang dan menggesa pihak berkaitan seperti pengurusan Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan segera.
“Salam PDRM, PLUS, tolonglah kutip dan hantar balik dia ni. Pahal kita pulak nak tanggung tiket dia balik kampung. Lokasi RNR Ulu Bernam arah Selatan,” katanya.
Rata-rata netizen yang melihat hantaran itu turut meluahkan rasa bengang dengan perbuatan tidak bertanggungjawab pelancong itu.
Dalam pada itu, netizen berharap pihak berkuasa mengeluarkan peraturan lebih ketat kepada pelancong luar negara seperti negara-negara lain.
Sumber: X