Rasanya ramai peminat drama siri Korea Squid Game kerana tak dapat dinafikan yang konsep survival thriller seperti ini berjaya mencuri hati penonton melalui babak suspen yang buatkan peminat menonton sehingga episod akhir.
456 Pemain bakal rebut RM20 juta
Kalau korang nak tahu baru-baru ini, Squid Game kembali lagi di mana 456 pemain yang terdesak memerlukan wang perlu merebut hadiah sebanyak 45.6 bilion won. Populariti siri ini sangat hebat sampaikan mereka dah peroleh berjuta tontonan dalam masa singkat.
Kalau korang nak tahu, sebenarnya Squid Game akan mempunyai musim kedua, dan bakal mempunyai permainan video. Terbaharu, Netflix dilihat bakal menganjurkan rancangan realiti tanpa skrip, Squid Game: The Challenge, lapor The Hollywood Reporter. Wah, mesti menarik konsep program kali ni!
Penyertaan terbuka kepada AS, UK dan global
Netflix sekarang ini tengah merekrut seramai 456 orang dari seluruh dunia untuk menyertai pertandingan ini. Pendaftaran terbuka kepada semua penduduk Amerika Syarikat, UK, dan global dengan hanya mengisi borang secara atas talian. Pemenang juga akan membawa pulang wang tunai $4.56 juta iaitu sekitar RM20 juta.
Walaupun Netflix tidak mendedahkan lagi apakah jenis cabaran, permainan, atau aktiviti yang akan dilakukan, sudah pastinya ia akan bertemakan Squid Game dengan permainan tradisional yang lebih kurang sama. Apa yang menghiburkan hati lagi, Netflix turut berjanji yang peserta yang kalah akan pulang dengan selamat. Yelah, kalau balik tak selamat lain macam dah tu!
Apa kata korang pula cuba isi borang sertai Squid Game. Mana tau ada rezeki boleh menang RM20 juta!