Baru-baru ini tular satu video memaparkan anak kepada pelakon senior, Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM memaki hamun suaminya kerana telah meremukkan keretanya.
Susulan itu, pendakwah bebas Ustaz Wadi Annuar tampil membuat teguran secara terbuka kepada pengasas produk itu.
Dalam satu video di media sosial miliknya, Ustaz Wadi mengucap panjang sambil memberikan pesanan kepada ramai wanita di luar sana.
Artikel Berkaitan : “Minta maaf pun takde” – Kak KM Mengamuk Suami Langgar Tembok Sampai Kereta Rosak
Artikel Berkaitan : ‘Jangan Ambil Kerja Tuhan!” – Kak KM’Counter’ Balik Teguran Pendakwah
“Dia maki hamun suaminya. Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un. Puluhan ribu orang tahu dia makin hamun, sebab dia rakam waktu dia maki hamun suami dia itu.”
Tegasnya, seorang wanita yang sudah menjadi isteri tidak akan mencium bau syurga seandainya berbuat perkara sedemikian kepada suaminya.
View this post on Instagram
“Reda seorang isteri itu pada tangan seorang suami. Sepertimana reda seorang anak pada tangan seorang ibu.”
“Kalau tak sempat taubat dan diampunkan Allah SWT, maka nerakalah tempat seseorang itu. Wal iyadzubillаh dengan dosa tersebut.”
Sebelum ini tular satu video Kak KM memaki hamun suaminya Razman Ramli dengan kata-kata kesat. Jelas Kosmo! dia meluahkan rasa bengang terhadap suaminya iaitu kerana enggan memohon maaf selepas menyebabkan kereta miliknya jenama Toyota Alphard remuk teruk akibat terlanggar tembok rumah.