Huyooo! Hebatlah nenek ni!
Menurut Astro Awani, seorang nenek berusia 60 tahun kini digelar hero apabila bertindak pantas menyelamatkan cucu lelakinya yang sedang mandi daripada terperangkap dalam kebakaran di Kampung Delima, Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah.
Semasa kejadian yang berlaku pada jam 6 petang semalam, Intan Ajibah, 60, memberitahu bahawa hanya tinggal dia dan cucunya yang berusia empat tahun sahaja di dalam rumah berkenaan sebelum menyedari api marak daripada sebuah bilik.
Katanya lagi, rumah itu telah disewa oleh enam sekeluarganya sejak beberapa tahun yang lalu.
“Saya panggil cucu saya mandi di bilik mandi dan mengarahkannya untuk meminta tolong.
“Hanya sempat ambil IC saja (MyKad) dan membawa cucu saya lari, itu saja… Tidak dapat kami selamatkan apa-apa barang.”
Warga emas itu turut memberitahu bahawa dia langsung tidak tahu punca kebakaran itu kerana ianya bermula di salah sebuah bilik kosong yang telah lama tidak berpenghuni di rumah sewa itu.
Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Mahmud Jumah berkata kebakaran tersebut memusnahkan dua buah rumah dan sebuah kedai runcit. Namun, tiada sebarang kemalangan jiwa yang dilaporkan.
“Pihak bomba tiba di lokasi kejadian pada jam 6.36 petang dan berjaya memadam api sepenuhnya pada jam 7.24 petang.
“Seramai 33 orang anggota iaitu tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Lintas dan 26 orang anggota dari balai Kota Kinabalu dan melibatkan lima buah jentera terlibat dalam operasi ini.”
Mujur semua selamat. Hebatlah nenek ni.
Baca: Anak Hero! Berani Selamatkan Bapa Dan Ibu Lumpuh Dalam Cuaca Hujan Lebat, Tanah Runtuh