Jika di Malaysia, remaja seawal umur 18 tahun akan memiliki lesen kereta sebab kebanyakannya akan manfaatkan masa terluang ketika tunggu keputusan SPM untuk belajar memandu. Jadi, tak akan ada masalah untuk dorang bergerak ke mana-mana sebab dah mahir bawa kereta.
Namun, lain pula ceritanya buat seorang lelaki di Nottingham, England ini sebab dia telah memandu kereta selama lebih 70 tahun tanpa mempunyai lesen kereta namun hanya tahun ini dia kantoi dengan pihak polis.
Menurut BBC, rahsia lelaki yang tidak didedahkan identitinya itu akhirnya diketahui polis setelah dia diarahkan untuk menghentikan kenderaan di tepi jalan baru-baru ini.

Difahamkan, pada ketika itu, lelaki yang berusia 84 tahun itu mengatakan kepada pihak berkuasa bahawa dia telah mula memandu kereta sejak usianya 12 tahun lagi.
Pihak polis juga berkata dalam satu kenyataan di Facebook lelaki itu bernasib baik sebab dia tak pernah terlibat dalam kemalangan sepanjang tempoh tersebut sebab dia juga tak memiliki insuran kereta.
Lelaki itu juga dikatakan tidak pernah sekali pun diarahkan untuk berhenti oleh polis ketika memandu sebelum ini. Namun, dia dipercayai akhirnya kantoi mungkin sebab zaman sekarang dah ada kamera khas untuk memerhati pengguna jalan raya iaitu kamera ANPR.
Walau bagaimanapun, ada segelintir netizen pula berpendapat kemahirannya memandu tiada kena mengena dengan lesen.
Korang pulak dah ada lesen memandu ke belum ni?
Sumber: BBC
Baca: Siap Ada Mesin ATM Peribadi di Istana, Ini 7 Perkara Unik Mengenai Ratu Elizabeth II

