in

“Nasib baik tak kena orang” – Batu Konkrit LRT 3 Tiba-tiba Jatuh Atas Pasar Borong

3Batu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Majlis Perbandaran Klang (MPK) memaklumkan satu kejadian batu konkrit dari landasan LRT 3 yang sedang dibina telah terjatuh menimpa pasar borong awal pagi tadi.

Screenshot 2022 08 14 At 4.36.15 Pm
Sumber: facebook majlis perbandaran klang
Screenshot 2022 08 14 At 4.36.05 Pm
Sumber: facebook majlis perbandaran klang
Screenshot 2022 08 14 At 4.36.27 Pm
Sumber: facebook majlis perbandaran klang

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 9.30 pagi itu, sebahagian kepingan simen telah jatuh di atas kanopi kedai pasar borong sehingga menyebabkan khemah peniaga terkoyak.


Menurut MPK, batu konkrit itu didapati terjatuh ketika kerja-kerja ‘hacking’ sedang dijalankan oleh pemaju LRT 3, Emrail Sdn. Bhd.  Pihak MPK telah mengarahkan kerja-kerja pembinaan yang melibatkan kawasan itu dihentikan serta-merta. Arahan itu turut diberikan kepada peniaga pasar borong yang terlibat di lokasi kejadian bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini berlaku.

Screenshot 2022 08 14 At 4.37.11 Pm
Sumber: facebook majlis perbandaran klang
Screenshot 2022 08 14 At 4.35.43 Pm
Sumber: facebook majlis perbandaran klang

Kerja-kerja pembersihan sedang dilakukan dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan dari insiden itu.

Screenshot 2022 08 14 At 4.35.58 Pm
Sumber: facebook majlis perbandaran klang

Menerusi hantaran di Facebook Majlis Perbandaran Klang, beberapa keping gambar telah dimuatnaik dan kelihatan sebuah lubang besar dibawah binaan landasan tersebut yang dipercayai merupakan sebahagian batu konkrit yang terjatuh. Turut kelihatan, bumbung kanvas yang terkoyak akibat ditimpa batu dan bongkah batu yang mendarat tepat di atas selonggok sayur jualan peniaga pasar borong.

 

Baca: Terowong LRT Laluan Kelana Jaya Dibina Bawah Kubur, Ini Misteri Yang Pernah Berlaku

Screenshot 2022 08 14 At 4.40.09 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.