in

“Nasib baik sempat elak” – Nyaris Langgar Belon Udara Panas, Pesawat Penumpang Terpaksa Buat Pusingan Pantas

3pesawat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penumpang sebuah pesawat Qatar Airways menuju ke Sao Paulo, Brazil berdepan detik cemas selepas pesawat yang mereka naiki membuat pusingan pantas untuk mengelak daripada berlanggar sebuah belon udara panas.

Detik cemas yang sempat dirakam oleh penumpang dan anak kapal itu menunjukkan saat-saat genting dimana kedudukan pesawat berada terlalu dekat dengan belon udara panas tersebut. Menerusi rakaman itu, kelihatan belon udara panas itu berada pada kedudukan sayap pesawat sebelah kiri.


Screenshot 2022 07 09 at 2.49.19 PM

Memetik laporan The Sun UK, pesawat penumpang jenis Boeing 777 yang berlepas dari Doha, Qatar pada Ahad lalu itu terpaksa membuat pusingan pantas dan gerakan mengelak mendadak ketika menghampiri landasan panjang untuk mendarat di lapangan terbang.

Seorang penduduk yang menyaksikan kejadian itu dari daratan juga sempat merakam kedudukan belon udara panas dan pesawat itu. Menerusi rakamannya, kelihatan lebih jelas betapa dekatnya kedudukan kedua-dua kenderaan udara itu.

Screenshot 2022 07 09 at 2.49.30 PM

Belon udara panas itu diterbangkan tanpa pemandu dan membawa kain rentang pengiklanan. Menurut undang-udang udara Brazil, menerbangkan belon panas tanpa pemandu adalah satu kesalahan di sisi undang-undang, lebih-lebih lagi di kawasan larangan seperti berdekatan lapangan terbang.

Walau bagaimanpun, pesawat penumpang itu berjaya didaratkan dengan selamat tanpa mengalami sebarang kerosakan teknikal dan kecederaan penumpang dan anak kapal.

 

Baca: Kapal Terbang Terpaksa Didaratkan Oleh Penumpang Lepas Pilot Ada Masalah Kesihatan

Screenshot 2022 07 09 at 2.51.27 PM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.