Penyu adalah haiwan yang terancam dan makin hari, bilangannya makin sedikit. Banyak badan-badan pencinta haiwan yang sentiasa menyebarkan maklumat tentang keadaan penyu di dunia. Pun begitu, ada juga segelintir dalam kalangan kita yang masih mengambil mudah isu ini. Ada yang sanggup memakan telur penyu walaupun telah diharamkan disisi undang-undang tempatan.
Berita baik yang tular di media sosial mengenai telur penyu yang dibeli dengan niat untuk dimakan telah menetas dan keluar penyu. Iye, keluar penyu! Kalau korang tak percaya, cuba korang tengok tweet oleh @pelf81 kat bawah ni.
Nasib baik menetas
Admin rasa happy sangat lepas tahu telur yang dibeli tu akhirnya keluar jadi anak penyu. Nasib baik orang yang beli tu lupa nak makan. Kalau dia makan memang tak dapat lah kita nak tengok penyu ni menetas kan.
Fuhh.. nasib baik lupa nak makan. Tapi kan apa sebenarnya rasa telur penyu ni? Sedap sangat ke sampai orang beriya-iya nak makan?
Betul, telur ayam lagi sedap. Telur penyu ni entah apa lah rasa dia. Pelik betul orang yang pilih telur penyu ni buat jadi lauk.
Hebat penyu ni rupanya. Dari telur lagi dah hebat. Walaupun tak kena tanama, masih boleh menetas macam normal. Harap tak ada lah lagi kes orang beli telur penyu nak makan punya pasal lepas ni.
Baca: “Otak langsung tak cakna” – Netizen Boikot Penjualan Telur Penyu Secara Atas Talian