in

“Nanti boleh lepak minum kopi sama. It’s on me” – Permohonan Maaf Diterima, Azfar & Shazwan Dah Berdamai

Azfarshazwan2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berikutan dengan isu bodyshaming antara Azfar Firdaus dan Shazwan yang menemukan mereka beruda dalam program MHI, ketegangan antara mereka berdua kini nampaknya sudah berpenghujung.


Ia selepas permohonan maaf secara terbuka daripada Shazwan kepada Azfar telah mendapat perhatian daripada tuan empunya badan.

 

Kalau tak kerana tindakan Azfar melakukan begitu, saya mungkin akan terus hanyut – Shazwan

Dalam tweet yang dimuat naik oleh Shazwan, dia tetap berterima kasih kepada program temu bual itu kerana telah membuka matanya mengenai isu ini. Shazwan juga akui bahawa dia mengambil masa untuk membaca semua tweet lamanya dan menyedari bahawa dia telah menyakiti hati orang rami.

Tambah Shazwan lagi, dia faham tujuan dan niat Azfar melakukan tindakan tersebut, mengaku ianya bagus buat dirinya supaya tidak terus hanyut bersikap kejam mempersendakan fizikal orang dan mengguris hati mereka.

Dia juga akui kesilapannya itu dan menegaskan supaya warganet diluar sana belajar daripada kesilapan yang dia telah lakukan. Lantaran itu, Shazwan juga telah memohon maaf kepada semua warganet atas ketelanjurannya menyakiti hati orang sebelum ini. Lebih-lebih lagi kepada Azfar

Isu ini mendapat perhatian Zulin Aziz yang juga merupakan salah satu tetamu undangan bersama Azfar dan Shazwan. Disebabkan itu, dia juga merasa kesal kerana mengheheret Zulin dalam ketegangan mereka berdua.

Berikutan dengan kecaman hebat yang diterima, Shazwan jadikan ini sebagai pengajaran buatnya untuk menggunkan platform media sosial dengan cara baik.

Terpanggil dengan luahan kekesalan Shazwan, Azfar tampil memberikan respon.

 

Terima kasih atas permohonan maaf tu – Azfar

Dengan hati terbuka, Azfar telah memaafkan Shazwan, dan sokong Shazwan untuk terus memberikan motivasi kepada orang luar untuk mengamalkan hidup sihat dengan cara yang betul.

Siap ajak lepak sama-sama lagi.

Ramai juga netizen yang memberikan sokongan dan dorongan buat Shazwan kerana akui kesilapannya.

Harap kes ini tidak lagi diungkit berkenaan dengan siapa yang paling baik dan siapa yang paling teruk lagi. Kita semua pun ada buat silap juga.

 

Baca : “Hentam depan-depan siot, live lagi tu” – Netizen Salute Tindakan Savage Azfar Rovski Sound Pemuda ‘Bodyshame’ Di Twitter

Azfarshazwan

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.