Semalam, pempengaruh Khairul Aming ada berkongsi satu video di media sosial yang menunjukkan semua staf kilang sambalnya miliknya dibawa untuk membeli-belah sempena perayaan yang akan datang.
Belanja baju raya
Menerusi video tersebut, Khairul Aming menjelaskan dia telah menutup kedua-dua kilangnya untuk memberi peluang kepada staf di situ untuk berbuka puasa bersama-sama dan berbelanja sempena Hari Raya Aidilfitri.
Turut kelihatan wajah staf-staf Khairul Aming ceria dan tersenyum ketika membeli baju raya. Menurut Khairul Aming, mereka mengambil masam 4 ke 5 jam untuk selesai membeli-belah kerana jumlah staf yang terlalu ramai.
Semalam kita tutup kedua-dua kilang sambal untuk meraikan staff. Kita bawa semua pergi shopping baju raya, berbuka puasa kat hotel dan bagi bonus untuk raya. InshaAllah lepas raya nanti kita pergi bercuti pulak hehe pic.twitter.com/JhZ6gztTqV
— Khairulaming (@khairulaming) April 7, 2023
Apa yang menarik perhatian ramai adalah Khairul Aming turut memberikan bonus bersempena Hari Raya kepada staf-stafnya. Jelas pempengaruh itu, ini adalah sebagai tanda pernghargaan kepada usaha mereka selama ini, di samping untuk memudahkan urusan persiapan perayaan kelak.
Warganet teka jumlah duit dalam sampul
Menerusi video tersebut, beberapa staf Khairul Aming ada berkongsikan ‘isi’ sampul bonus yang diberikan. Perkongsian tersebut ternyata mengejutkan ramai pihak yang terkesima dengan ketebalan duit nota RM50 tersebut.
Malah, ramai yang berteka-teki jumlah sebenar bonus yang diberi berdasarkan perkongsian di dalam video tersebut.
“Teka dan menang, berapa bonus seorang dapat?”, tulis seorang individu di ruangan komen.
Hasil tinjauan di ruangan komen mendapati ramai warganet meneka jumlah bonus yang diberikan oleh Khairul Aming.
“Aku rasa RM3k, duit tu terlalu tebal untuk bernilai bawah RM2k”, komen seorang individu meneka jumlah duit tersebut.
“Sebulan gaji tu, RM2k-3k at least”, tulis seorang individu memberi anggaran jumlah ‘isi’ di dalam sampul duit raya.
Sikap Khairul Aming yang melayani staf-stafnya harus dicontohi oleh segelintir besar majikan di Malaysia. Bukan sahaja melayani pekerja dengan baik, malah Khairul Aming turut memberikan bonus yang banyak untuk memudahkan urusan perayaan mereka.
Syabas buat Khairul Aming!
BACA: “Goreng is not good”, Resipi Khairulaming Ditegur Kerana Guna Terlalu Banyak Minyak